Meteorit Hoba Meteorit Paling Besar Dengan Berat 60 Tan Pernah Jatuh Ke Bumi 4

Meteorit Hoba: Meteorit 60 Tan Paling Besar Yang Pernah Jatuh Ke Bumi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam tular mengenai seorang tukang pembuat keranda yang menjadi jutawan apabila sebiji batu meteorit dengan berat 2.1kg telah menembusi bumbung rumahnya.

Dari tukang keranda ke jutawan.

Seorang tukang keranda, Josua Hutagalung secara tiba-tiba bergelar jutawan apabila satu…

Posted by ODISI on Wednesday, 18 November 2020

Tahukah anda, meteorit paling besar penah jatuh ke bumi adalah seberat hampir 60 tan?

BACA: Pengunjung China Sanggup Beratur Panjang Semata Mahu Hidu Najis Panda

Berbeza dengan meteorit lain, meteorit Hoba tidak pecah dan hancur semasa ‘dalam perjalanan’ ke bumi sebaliknya mengekalkan saiznya dan jatuh di sebuah ladang di utara tengah Namibia, Afrika Selatan.

Ditemui pada 1920 oleh Jacobs Hermanus Brits, meteorit ini ditemui secara tidak sengaja semasa beliau sedang bekerja di ladang Hoba dan meteorit ini dinamakan sempena nama lokasinya mendarat.

Meteorit Hoba Meteorit Paling Besar Dengan Berat 60 Tan Pernah Jatuh Ke Bumi 3
Sumber: World’s Beautiful Landscapes

Pada awalnya Jacobs tidak merasa pelik, namun selepas melihat dengan lebih dekat beliau nampak tanah di sekeliling meteorit yang berwarna hitam ini menjadi seperti kapur dan segera menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai penemuannya.

Meteorit Hoba Meteorit Paling Besar Dengan Berat 60 Tan Pernah Jatuh Ke Bumi 2

Hasil kajian mendapati, objek yang disangka batu itu ialah meteorit dengan berat 54,431kg berukuran 3x3x1 meter, dianggarkan usianya antara 190 hingga 410 juta tahun dan sudah pun mendarat di bumi pada 80,000 tahun lalu.

Meteorit Hoba Meteorit Paling Besar Dengan Berat 60 Tan Pernah Jatuh Ke Bumi 1

Meteorit Hoba Meteorit Paling Besar Dengan Berat 60 Tan Pernah Jatuh Ke Bumi
Pandang sisi meteorit Habo.

Yang menakjubkan biarpun ianya seberat, kawasan mendaratnya tidak membentuk kawah seperti yang sepatutnya berlaku.

Ada beberapa pendapat mengenai persoalan bagaimana meteorit ini mampu mengekalkan bentuknya semasa mendarat ke bumi, antaranya:

  1. kelajuan berkurangan secara berkala dan mengalami pecutan sifar semasa memasuki atmosfera bumi
  2. mempunyai ciri yang terdiri daripada 84% besi menjadikannya sebagai satu-satunya besi yang tidak dihasilkan manusia
  3. memiliki kompisisi nikel sebanyak 16%

Sumber: Kay Suhaimi, Discover Namibia