
Meta, Twitter, Microsoft Berlumba-Lumba Buang Pekerja – Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Syarikat gergasi dalam bidang teknologi di Amerika Syarikat khabarnya kini sedang sibuk membuang pekerja mereka.
Ini termasuklah Meta, Twitter, Microsoft dan banyak lagi syarikat yang melibatkan beribu-ribu kakitangan di seluruh dunia.
Apakah puncanya yang sebenar hinggakan syarikat yang besar dan kukuh seperti itu pun boleh ‘goyang’ untuk menghadapi tahun 2023 nanti?
Seorang penulis, Azizul Azli Ahmad dari RUMAH BUKU membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi sama-sama berkongsi pandangan dengan para netizen mengenai isu ini.
#TabungEkonomi
MUSIM PECAT PEKERJA TEKNOLOGI?
- Twitter baru-baru ini memecat sekitar 90% kakitangannya di India. Menurut Layouffs.fyi jumlah pemecatan ini berada pada kedudukan kedua terbesar secara global.
- Selain Twitter yang pecat beribu pekerjanya, Meta pada November 2022 telah memecat 13% pekerjanya atau lebih kurang 11,000 kakitangannya.
- Pendapatan tahunan Meta berkurangan kepada $44 bilion menurun 52% berbanding tahun sebelumnya.
- Microsoft pada Oktober 2022 mula memecat 1000 kakitangannya di seluruh dunia. Ini disebabkan oleh ancaman inflasi dan melemahnya pasaran saham dan melambatkan pendapatan Microsoft.
- Snapchat mula mengurangkan kakitangannya 20% atau sekitar 1200 orang bermula pada September 2022.
- CEO Snap, Evan Spiegel menjelaskan pemecatan ini kerana pertumbuhan pendapatan yang rendah dan bagi menghindari kerugian yang lebih besar.
- Kini khabarnya Intel juga sedang melakukan penjimatan belanja 20% kos operasi kerana penjualan PC mula menurun berbanding zaman lockdown yang lepas.
- Lyft yang bersaing dengan Uber juga melakukan pemecatan pekerja sehingga 13% atau sekitar 650 dari 5000 kakitangannya. Faktor ekonomi dan persaingan inflasi menjadi alasannya.
Mengapa ini berlaku?
Pastinya berkait rapat dengan keadaan pasaran ekonomi global yang sedang melemah kini atau kemajuan Artificial Intelligence (AI) yang mula mengambil alih kerja-kerja manusia.
Pemberhentian pekerja boleh mengurangkan kos operasi agar perjalanan perniagaan mereka dapat diperpanjangkan dari terus malap dan berhenti bersinar.
Dapat sesuatu?
Apa persiapan kita nanti kawan-kawan.
Sumber: CNBC
Trending now



