Mesyuarat BERSATU Sahkan Keahlian Tun M Serta Pengikutnya Terhenti

Mesyuarat BERSATU Sahkan Keputusan Henti Keahlian Tun M Serta Pengikutnya Adalah Muktamad

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam mengesahkan keahlian Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat pemimpin lain terhenti dengan serta merta menurut perlembagaan parti.

BACA: Enggan Duduk Di Blok Kerajaan Punca Tun M Dan 4 Penyokong Dipecat Daripada BERSATU

Dalam satu kenyataan pagi ini, Setiausaha Agung BERSATU Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara tersebut.

“Tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad.”

Dalam mesyuarat itu, penyertaan BERSATU dalam gabungan yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga dimuktamadkan bertepatan dengan tujuan, matlamat dan prinsip parti.

Tun M Mahu Pecat Muhyiddin Yassin, Ini Respon Tenang Beliau
Sumber: Editor Malaysia

Tun M yang mengasaskan parti tersebut dipecat bersama empat pengikutnya;  Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA), Syed Saddiq Abd Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Dalam mesyuarat itu juga diputuskan bahawa Setiausaha Kerja BERSATU, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya telah bertugas dengan sah dan notis yang ditandatanganinya adalah sah.

“Dengan penegasan dan ketetapan yang dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi malam tadi, saya mendesak semua anggota dan pemimpin akar umbi untuk terus bersatu dengan parti dalam perjuangan kita untuk menegakkan agama, bangsa dan negara kita.”

28 Mei lalu,  Setiausaha Kerja BERSATU, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen tersebut berkuat kuasa serta merta memberitahu kesemuanya dipecat dipercayai berkait dengan keengganan kesemuanya untuk duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Berdasarkan surat yang diedarkan kepada media, Tun Mahathir dan empat pengikutnya telah mengingkari peraturan parti termasuklah menyertai gabungan parti lain berdasarkan Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU kerana bercanggah dengan pendirian parti.

Sumber: FMT