Rebut Anugerah Pemain FIFA

Messi, Ronaldo, Van Dijk Bersaing Lagi Rebut Anugerah FIFA

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

FIFA telah mengeluarkan senarai pendek 10 pemain pada Julai lalu dan kini tinggal hanya tiga pemain terakhir merebut Anugerah Pemain Terbaik Tahunan kategori lelaki untuk tahun 2019.

Tiga pemain finalis pemain terbaik itu ialah Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Virgil Van Dijk. Mereka juga merupakan finalis yang sama untuk Pemain Terbaik UEFA tempoh hari.

Manakala Frenkie de Jong, Matthijs de Ligt, Harry Kane, Eden Hazard, Sadio Mane, Kylian Mbappe dan Mohamed Salah merupakan tujuh pemain daripada senarai 10 pemain asal itu.

Pertahanan Liverpool, Van Dijk, dilihat sebagai pilihan selepas memainkan peranan ketika membantu Liverpool menjulang Liga Juara-Juara (UCL) dan mencabar takhta Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan menamatkan saingan satu mata di belakang juara, Manchester City.

Van Dijk antara tonggak yang membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara musim lalu, turut diangkat sebagai Pemain Terbaik UEFA menewaskan Messi dan Ronaldo.

Bilangan jaringan Messi jauh mengatasi Ronaldo, dengan bintang Barcelona itu meledak 51 gol secara keseluruhan, termasuk 36 daripada 29 penampilannya dalam LaLiga dan membantu Barcelona mempertahankan trofi LaLiga.

Ronaldo turut menikmati musim yang cemerlang di peringkat kelab, membantu Juventus menjuarai gelaran Scudetto kelapan berturut-turut sementara menamatkan saingan selaku penjaring terbanyak dengan 28 gol.

Rebut Anugerah Pemain FIFA
Sumber: Twitter

Selain anugerah pemain lelaki terbaik, turut ada anugerah seperti:

Pemain wanita:
Lucy Bronze (Lyon/England), Alex Morgan (Orlando Pride/AS), Megan Rapinoe (Reign FC/AS)

Jurulatih lelaki:
Pep Guardiola (Manchester City), Jurgen Klopp (Liverpool), Mauricio Pochettino (Tottenham)

Jurulatih wanita:
Jill Ellis (AS), Phil Neville (England), Sarina Wiegman (Belanda)

Penjaga gol wanita:
Christiane Endler (Paris St-Germain/Chile), Hedvig Lindahl (Wolfsburg/Sweden), Sari van Veenendaal (Atletico Madrid/Belanda)

Penjaga gol lelaki:
Alisson (Liverpool/Brazil), Ederson (Manchester City/Brazil), Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/Jerman)

Anugerah Puskas (jaringan terbaik):
Lionel Messi (Barcelona mln Real Betis), Juan Quintero (River Plate mln Racing Club), Daniel Zsori (Debrecen mln Ferencvaros)

Siapakah yang bakal memenangi anugera terulung ini? Sama-sama kita nantikan keputusan pada malam gala FIFA Best, 23 September ini.

Sumber: Astro Awani