
Merokok Di Tempat Awam Bakal Dikenakan Hukuman Bersih Tandas, Pungut Sampah
1 Januari lalu, kerajaan Malaysia telah melakukan kuat kuasa larangan merokok di semua restoran dan warung sama ada yang bertutup atau terbuka. Jika ditahan di kawasan larangan merokok, perokok boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau pun penjara tidak lebih dua tahun.
Tempoh penguatkuasaan pendidikan yang pada awalnya dijadualkan bermula Ogos ini, telah dilanjutkan sehingga akhir Disember ini bagi memberi peluang kepada perokok untuk merubah tabiat mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa pihak mereka sedang mempertimbangkan hukuman kerja sosial seperti membersihkan tandas, memungut sampah dan memotong rumput untuk pesalah peraturan tersebut.
Ini kerana, hukuman denda akan membuatkan orang berfikir mereka yang mempunyai duit boleh melakukan kesalahan, jadi beliau melihat kepada hukuman kerja sosial ini dengan lebih teliti.
Beliau yang berucap pada majlis perjumpaan bulanan kementeriannya di Putrajaya mendedahkan bahawa ada daripada warga kementeriannya sendiri tidak dapat berhenti daripada tabiat merokok dan menasihati mereka supaya menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat dengan menghormati perintah larangan merokok di premis berkenaan.
Sumber: Astro Awani
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B1DQocpHMP5/