
Menyesal Makan Banyak Masa Raya? Ini Cara Mudah Untuk ‘Detox’ Semulajadi
Tatkala Syawal melabuhkan tirainya, pasti ada di antara kita yang kini telah mula melahirkan bibit penyesalan kerana tewas dengan dugaan melayan nafsu makan melampau bagi memenuhi jemputan rumah terbuka sepanjang tempoh beraya.
Pasti ada juga yang telah mula mencongak kembali berapa kilogram ketupat, lemang, rendang, sate dan kambing golek telah dimamah dan dihadamkan di dalam perut sambil berkira-kira jumlah kilogram berat badan yang naik berbanding tempoh sebelum itu.
Jangan risau. Melalui laman Facebooknya, DrRizal Abu Bakar telah berkongsi satu kaedah semulajadi untuk membuang segala toksin dalam tubuh kita setelah kita banyak makan selama ini.
Inginkan tubuh badan yang lebih sihat? Tak perlu keluarkan belanja yang besar pun untuk detox. Jom ikuti kaedah PURE secara semulajadi yang diajarkan oleh Dr Rizal ini.
Ramai belasah sakan masa raya baharu ni. Lepas tu mesej “macam mana nak detox”. Kan dah menyesal tu.
Yang kesian geng yang beli produk untuk detox. Duit habis. Silap-silap detox tak ke mana pun.
Nak detox senang saja. Ikut formula PURE ni. Detox berlaku melalui PURE. Ia proses semulajadi.
Jadi PURE ni apa?
P yang pertama ialah Perspiration. Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melalui air peluh. Macam mana nak berpeluh?
Senang saja. Aktifkan hidup anda. Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.
U ialah Urination. Detox berlaku bila buang air kecil. Bila minum air kosong banyak, keraplah ke tandas. Masa buang air kecil inilah toksin juga terbuang.
Jadi rajin-rajinlah minum air kosong. Bukan mengeteh atau mengopi. Memineral dah memadai.
R pula bawa maksud Respiration atau pernafasan. Yang ni ramai tak amalkan. Selalunya kita bernafas pendek dan cepat. Atau shallow breathing. Bernafas pula guna kaedah salah.
Nak buang toksin kena buat mindful breathing. Bernafas dalam keadaan kita sedar kita sedang tarik nafas. Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam. Cubalah. Boleh rasa sendiri perbezaan.
E ni bawa maksud Excretion atau buang air besar. Cuba kira berapa kali buang air besar sehari. Ramai yang sekali sahaja. Kita sihat bila buang air besar ni 2-3 kali sehari. Masa nilah toksin akan dibuang.
Kalau makan makanan kurang fiber memang susah sikit nak buang air besar. Makanan fiber portion besar buatkan kita kerap buang air besar.
Lepas ni nak buang toksin ikut jer PURE ni. Selamat dan alami.
#DrRizal
BACA: Kononnya Buang Toksin Dalam Badan, Ini Sebab Kenapa Detox Pad Sebenarnya ‘Scam’
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar