Menyesal Letak Nama Anak Panjang Ini Panduan Permohonan Untuk Pendekkan 2

Menyesal Letak Nama Anak Panjang? Ini Panduan Permohonan Proses Pendekkan Di JPN

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Memberi nama yang panjang dan moden seakan menjadi trend terkini dalam kalangan ibu bapa beberapa tahun belakangan ini. Tetapi bila menyedari kesusahan yang ada disebabkan nama anak-anak yang terlalu panjang tu, mulalah timbul rasa menyesal dan ingin pendekkan nama anak.

BACA: Nelayan Ini Hanya Sebut Namanya Sahaja Dapat Makan Dan Minum Secara Percuma

Antara masalah yang selalu dihadapi ialah ruangan kotak di bahagian nama yang disediakan selalu tidak cukup, selain daripada susah untuk disebut.

Tetapi tahukah anda, permohonan memendekkan nama anak boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?

Namun permohonan pendekkan nama anak yang didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh setahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak. Apa yang diperlukan? Jom teruskan bacaan.

Syarat Permohonan Pendekkan Nama Anak

  • Ibu atau bapa kandung kanak-kanak
  • Penjaga kanak-kanak yang sah

Prosedur Permohonan Untuk Pendekkan Nama Anak

  • Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

1. DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN) Borang JPN.LM21 yang lengkap;

  • Surat Akuan Sumpah JPN.LM22 dan JPN LM07.
  • Borang Maklumat Keluarga BMK81;
  • Borang MyKid;
  • Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
  • Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
  • Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

2. DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
  • Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

Bayaran

  • Fi permohonan – RM5
  • Fi cabutan Sijil Kelahiran – RM50
Menyesal Letak Nama Anak Panjang Ini Panduan Permohonan Untuk Pendekkan 1
Sumber: Diana Hezrique

 

Menyesal Letak Nama Anak Panjang Ini Panduan Permohonan Untuk Pendekkan
Sumber: Diana Hezrique

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kisah mengenai nama memang menarik. Contohnya seorang nelayan yang memiliki nama Mohd Merdeka ini boleh makan dan minum secara percuma dikedainya pada bulan ini dengan hanya menyebut namanya sebanyak tiga kali.

Mohd Merdeka Ismail yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 sering diejek dan dijadikan topik gurauan oleh kawan-kawan kerana namanya yang dianggap pelik sehingga beliau berasa malu dengan nama itu.

Namun siapa sangka ianya bawa tuah di kemudian hari.