
Menyantuni Anak Autisme Dengan Prihatin, Krew McDonald Jerantut Layak Diberi Penghargaan
Anak autisme atau lebih sedap digelar anak syurga memang memerlukan perhatian ibu bapa atau penjaga dengan sangat rapat. Ini kerana, mereka mempunyai masalah untuk mengekspresikan diri. Malahan, orang sekeliling juga haruslah peka dan bertimbang rasa apabila berurusan dengan keluarga yang mempunyai anak autisme ini.
Perkongsian Suhaili Baharudin tentang kisah beliau sekeluarga cuba untuk memenuhi permintaan anak mereka yang menghidap autisme di McDonald Jerantut ini wajar diberikan perhatian oleh semua orang. Inilah bukti bahawa rakyat Malaysia sememangnya cakna dan prihatin terhadap orang lain yang di dalam kesusahan.
“Anak saya ni autisme”
Dah 2 hari dia mintak mcD tak dapat. Punca que yang luar biasa panjang sebab raya kan? Time gini lemang rendang memang dah kurang laku.
Anyway, petang tadi Aqeeb sebut lagi.
“I want chicken ayam”.
Jadi, 6.15 petang tadi kami dah beratur dan que nya maha panjang. Dari banyak cerita sampai habis modal topik apa nak sembang dengan suami. Sudahnya senyap je dalam kereta.
Turn kami sampai waktu jam dah azan maghrib. Kau bayangkan lebih sejam beratur hazabnya demi ayam pedas Aqeeb ni. Takpe mak pak redah.
Kau janganlah suruh masuk dalam order kat mesin kaunter terus sebab orang beratur sampai ke luar pintu weh. Aku dah kata memang luar biasa.
Budak jaga kaunter drive thru : ”Ayam habis kak, nampak tak lori depan akak, tu ayam baru sampai dan baru nak loading. Memang kena tunggu lama lagi”.
Kau rasa?
Yang paling aneh adalah Aqeeb faham sebab tak semena-mena dia menangis kuat. Kecewa betul agaknya dah 2 hari tak dapat tapi bila dah beratur sikit punya hazab, ayam habis pulak.
Aku orderlah benda-benda lain walaupun tahu dia takkan hairan. Masa nak collect makanan aku jenguk kat tingkap kaunter tu dan terus terang aje pada staff tu.
“Anak saya ni autisme. Dia nak ayam spicy tapi lambat kan? Memang takde ke walau seketul? Saya bayar extra pun tak apa janji dia dapat. Saya nak beratur semula nanti memang tak mampu, tengok ajelah que ni”.
Dia dan kawan seorang lagi tengok Aqeeb tengah menangis tu, depa cakap “lahh kesiannn..”, nampak depa bincang itu ini siap aku dengar tepung nak setel lagi bla bla bla.
Keputusannya, lagi sejam aku datang balik dan aku tanya boleh tak nanti terus ke tingkap? Tak sanggup que dah sebab potensi Aqeeb hilang sabar tu tinggi. Depa kata okey.
Maka 8.30 tadi lepas solat maghrib terus aje aku datang semula ke sana dan menonong ke tingkap drive thru tu. Dah tentu kereta beratur melingkar-lingkar siap aku potong que sebiji kereta yang tengah tunggu nak ambik makanan depa.
Tak ke orang hairan ni tempat drive thru apehal minah ni jalan kaki pi berdiri kat tingkap ni?
“Abang, maaf ya. Saya potong que jap”.
Abang tu dan isteri dia siap senyum sambil cakap takpe. Oi lega banyakkkk sebab tak perlu explain beria tapi sebagai rakyat Malaysia yang sopan aku ceritalah kenapa.
Abang tu kata iya memang ramai betul orang bla bla bla. Kesian ke anak kalau autisme dah lah tak pandai cakap yadaa yadaaa.
Kau tahu semua staff dalam tu nak bernafas pun tak sempat gamaknya. Melayan setiap order dengan pelbagai ragam tambah pulak kalau dapat customer macam Aqeeb ni, memang aduhai.
Dalam lampu jalan yang samar-samar tu tiba-tiba ayam sampai di depan muka aku. 9 ketul semuanya dan staff tu cakap takyah bayar sebab dia belanja.
Ternganga.
Jangan gitu.
Yang staff McD ni tak tahu adalah aku dah bagitahu suami yang depa akan diberikan duit raya kerana bersusah payah begini. Small action matters as much as the big ones, kan?
Beria dia tak nak aku bayar balik tapi ahh lantak aku selit kat bahagian apron duit ayam dan sampul raya.
Korang bersusah payah begini aku dah terharu kemudian cakap pulak takyah bayar lagilah aku syahdu. Cakap terima kasih banyak-banyak dan kelam kabut berlari semula ke kereta abang tadi.
“Bang, ni duit raya untuk anak-anak. Terima kasih bagi saya potong que tadi”.
Terkejut brader tu dengan isteri dia. Beria juga cakap “eh tak payahhh” maka aku letak aje sampul tu melalui tingkap kereta yang terbuka tu. Sempat jenguk dalam kereta dan aku senyum pada anak-anak depa.
Mereka adalah sebuah contoh toleransi, kemampuan untuk bertolak ansur dan Tuhan menghadirkan karakter seperti itu kepada jiwa manusia yang beriman.
Kebaikan staff Mcd Jerantut (crew Ain & Shamila) yang menyantuni dan memahami anak OKU seperti Aqeeb akan aku dan suami kenang sampai bila-bila.
Happy dia akhirnya dapat chicken ayam.
Semoga usaha yang dirasakan kecil ini dicatatkan sebesar-besarnya dalam buku catitan pahala dan Tuhan akan membalas dengan beribu ganda kemanisan lain dalam hidup mereka.
Itulah konsep sedekah yang sebenar. Bukan dalam bentuk wang ringgit tapi bersedekah dari segi tenaga, fikiran dan sikap, akhlak dan sokongan moral yang tinggi.
Ianya nampak kecil tapi memudahkan urusan orang lain memang datang dari rasa ihsan dan kebaikan hati.
Terima kasih kerana menjadi warga Malaysia yang memahami.
BACA: “Mahal Sungguh Syurga Allah”, Kisah Sayu Seorang Nenek Jaga Anak Autisme Seorang Diri
Sumber: Suhaili Baharudin
Trending now



