
Menutup Aurat Bagi Wanita Melayu Sebenarnya Merupakan Satu ‘Arabiziation’?
Satu ciapan yang mengaitkan penutupan aurat di kalangan wanita Melayu pada zaman sekarang dengan unsur atau pengaruh dari dunia Arab atau ‘Arabiziation’ telah mencetus perdebatan hangat di kalangan netizen.
Tulisan di Twitter tersebut yang merujuk kepada satu foto lama yang memaparkan fesyen berpakaian wanita Melayu pada zaman dahulu yang tidak menutup aurat telah dikatakan sebagai ternyata lebih anggun berbanding dengan peredaran zaman yang kini menyaksikan ianya ‘dicemari’ oleh pengaruh Arab yang mengajar agar menutup aurat.
Helmi Effendy dari The Patriots telah berkongsi tangkap layar ciapan tersebut dan memberikan pandangannya terhadap isu ini melalui hantaran di Facebooknya berikut.
Di ruangan komen Twitter dan Facebook, golongan netizen turut sempat memberikan pandangan masing-masing. Apa pendapat anda? Adakah wanita Melayu zaman sekarang sebenarnya adalah mangsa ‘arabiziation’?
Pelik aku dengan puak-puak ni. Apa yang kau dengki sangat perempuan Melayu zaman sekarang menutup aurat? Menutup aurat ni bukan Arabisasi, tetapi Islamisasi.
Ia adalah sebuah tuntutan dalam agama kami. Ia adalah perintah yang dah turun dalam Al-Quran untuk laki-laki dan wanita kami beragama Islam. Konon no to “racism and religious bigots”.
Tapi dia sedar ke apabila dia mula patron apa yang perempuan Melayu patut pakai dan tak pakai, dengan tak beri kebebasan kepada mereka untuk pakai apa yang mereka percaya, menunjukkan bahawa dia sebenarnya ialah the real bigots dalam hal ini.
Kadang-kadang aku rasa aku yang self-claim Konservatif ni lagi Liberal daripada deme. Aku takde masalah untuk perempuan kat luar sana nak pakai apa asal jangan berbogel. Hak kebebasan mereka sendiri. Mereka nak tutup aurat, nak freehair, terpulang. Dosa masing-masing.
Tapi mereka yang claim diri mereka sebagai Liberal ni, beriya nak tentukan pakaian apa yang patut dan tak patut pada gadis Melayu kita ni yang aku tak faham. Gadis Melayu kita tetap cantik walau apa pun pakaian yang mereka pakai.
Tak luntur ke-Melayu-an mereka kalau ikut perintah agama mereka. Dan tak gugur Melayu mereka kalau mereka belum bersedia nak pakai tudung, dan tutup aurat. Kita doakan sahaja mereka sampai seru.
Semudah tu jer pegangan hidup aku.
BACA: “Ini Bukan Menutup Aurat Ya Adik-Adik Sekalian. Ini Membungkus Aurat”
Sumber: Helmi Effendy