
Menuju Teknologi 5G, Tiada Lagi Rangkaian 3G Menjelang Akhir 2021
Menuju teknologi 5G, tiada lagi rangkaian 3G menjelang akhir 2021.
29 Ogos lalu, kerajaan telah mengumumkan sebuah pelan infrastruktur digital iaitu Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam usaha untuk menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025).
Pelan yang akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk menuju teknologi 5G.
Sejajar dengan itu juga, rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat dan akan ditamatkan sepenuhnya pada akhir 2021.
JENDELA yang dilaksanakan secara berfasa bermula sekarang bukan sahaja akan melibatkan perluasan liputan jalur lebar 4G di kawasan berpenduduk, tetapi juga mempertingkatkan kelajuan daripada 25Mbps kepada 35Mbps.
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak terkecuali dalam menerima manfaat daripada pelaksanaan JENDELA itu.
Di Sabah, sebanyak 382 buah menara komunikasi baharu sedang dirancang untuk dibina, manakala 924 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada juga akan dinaik taraf di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).
Manakala di Sarawak pula, 636 menara komunikasi baharu sedang dirancang untuk dibina dan 977 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada di bawah program PPS.
Rangkaian 3G yang diperkenalkan sejak 2005 menjadi pemula kepada penggunaan peranti pintar secara mudah alih secara meluas di Malaysia.
Disember tahun lalu, pengguna di kawasan luar bandar masih lagi terpaksa bergantung kepada teknologi 3G yang lebih perlahan biarpun rangkaian 4G sudah menunjukkan peningkatan pesat.
BACA: Hampiri Realiti, Rangkaian 5G Malaysia Dijangka Tersedia Pada Suku Ketiga Tahun Ini
Awal tahun ini, Malaysia dikatakan akan beralih kepada rangkaian pengkomersilan teknologi generasi kelima (5G) pada suku tahun ketiga tahun ini.
Dijangka bakal memartabatkan Malaysia sebagai satu perintis 5G di rantau ASEAN, pelaksanaan 5G agak berbeza kerana bukan sahaja digunakan untuk pengguna mengakses tanpa wayar tetap tetapi juga kepada industri serta perniagaan.
5G bukan sekadar kelajuan data lebih tinggi dan keupayaan jaringan lebih meluas, malah ia turut menghubungkan berjuta-juta peranti, membina perkhidmatan baharu dan menyokong penggunaan aplikasi secara lebih meluas yang dapat memberi kesan positif kepada operasi perniagaan dan kerajaan serta aktiviti seharian pengguna.
Trending now



