Menuju Era Digital Kerja Tahun 2022

Menuju Era Digital, Ini Senarai Kerja Baharu Yang Akan Wujud Dan Pupus Pada 2022 Menurut WEF

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seiring dengan perubahan zaman, teknologi semakin canggih dan dimodenkan mengikut kehendak dan keperluan semasa manusia. Menuju era digital, tidak kiralah dari segi pengurusan diri, rumah tangga, ekonomi, pekerjaan dan sebagainya, kesemuanya menggunakan internet dan mesin.

Berikutan dengan revolusi ini, tidak mustahillah jika suatu hari nanti dunia akan boleh dikawal dengan sepenuhnya menggunakan teknologi canggih berkomputer.

BACA: Cukai Digital 6% Berkuatkuasa Jan 2020 Bakal Melibatkan Perkhidmatan Netflix, Spotify Dan Banyak Lagi

Melalui salah satu infogafik yang disiarkan di akhbar Harian Metro baru-baru ini, World Economic Forum 2018 telah menyenarikan 10 jenis pekerjaan yang baharu yang akan wujud pada tahun 2022 dan 10 jenis pekerjaan yang akan pupus pada tahun 2022.

Antara pekerjaan yang mengejutkan ramai kerana dijangka bakal pupus ialah akauntan dan juruadit, kerani serta pekerja kilang dan pemasaran.

Manakala pekerjaan baharu yang memang sudah dijangka ialah pakar transformasi digital dan perkhidmatan teknologi maklumat.

Lihat senarai penuh di bawah:

Menuju Era Digital Kerja Tahun 2022

Maka, persoalannya di sini, sudah bersediakah kita menuju era digital ini selaras dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi dunia?

Terdahulu Malaysia dikatakan sedang dalam proses menyediakan rangkaian 5G di Malaysia dan dijangka tersedia menjelang suku ketiga tahun 2020 ini.

Dijangka bakal memartabatkan Malaysia sebagai satu perintis 5G di rantau ASEAN, pelaksanaan 5G agak berbeza kerana bukan sahaja digunakan untuk pengguna mengakses tanpa wayar tetap tetapi juga kepada industri serta perniagaan.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WS6CRgGm-/