
Menu Paling Pelik Tahun 2020: Spicy Mi Boba Dan Ghost Pepper Cola
Tahun 2020, banyak kejadian yang melanda dunia; daripada wabak pandemik COVID-19 membawa kepada ketidakseimbangan persekitaran ekonomi yang menyebabkan ribuan (mungkin berjuta?) penduduk dunia terpaksa berdepan dengan masalah pengangguran. Belum lagi masuk dengan menu paling pelik 2020 ini.
BACA: Lihat Jangkaan Tarikh Jangkitan Wabak COVID-19 Bakal Berakhir Di Negara Dunia
Ditambah pula dengan beberapa kejadian bencana yang lain, ini menjadikan tahun 2020 adalah tahun yang mencabar fizikal dan mental semua.
Untuk tahun 2020, anugerah menu paling pelik mungkin boleh diberikan kepada dua menu ini:
1. Spicy Mi Boba
Melihat kepada trend minuman boba di Malaysia, Mamee Malaysia dengan kerjasama Tealive Malaysia telah bergabung menghasilkan mi boba pedas.

Didatangkan dengan dua jenis iaitu Hot dan Cool, bungkusan didatangkan dengan biji boba, serbuk perencah dan krimer.
https://twitter.com/Aluniiii/status/1313336390357151746
Menurut Tealive, kombinasi ini mungkin aneh tetapi ianya merupakan kombinasi rasa pedas, lemak bersama dengan mi kenyal Mamee.
Macam mana nak makan?
- Buka sedikit penutup mi segera dan masukkan serbuk perencah serta krimer ke dalam cup mi.
- Masukkan air panas mendidih ke dalam sekitar 250ml dan kacau sbati.
- Tutup rapat dan biarkan selama tiga minit.
- Kacau dan mi anda siap untuk dihidang!
- Tip: Jika anda sukakan mi anda sejuk, bolehlah tambah kiub ais.
Untuk merasai mi unik ini, anda boleh beli di cawangan Tealive berdekatan anda atau pun beli secara dalam talian di Tealive Shop dengan harga RM15.90 untuk 3 cup.

2. Ghost Pepper Cola
Awal tahun ini, mi segera Ghost Pepper menjadi trending di media sosial. Mi dengan warna hitam itu boleh dikatakan sebagai mi segera paling pedas di Malaysia setakat ini.
Namun tahukah anda, menu mi boba pedas bukanlah satu-satunya menu yang boleh diiktiraf sebagai yang paling pelik untuk tahun 2020 kerana munculnya pesaing baru iaitu Ghost Pepper Cola.

Ya, minuman bergas dengan rasa pedas terlampau. Anda rasa anda sudah cukup berani untuk mencuba?
Minuman bergas ini merupakan menu ketiga kolaborasi Mamee Monster bersama Daebak selepas Ghost Pepper Instant Noodles dan The Mister Potato Ghost Pepper Black Crisps.
Didatangkan dalam bungkusan bersama secawan mi segera Ghost Pepper, anda boleh dapati ‘menu dari neraka’ ini di cawangan 7Eleven dengan harga RM8.90 untuk satu set.
Ghost Pepper Cola + Ghost Pepper Noodles = Terbakar bontot 🔥🔥
leh try la beli dkt 7E , kot kot rasa nak bontot dia terbakar . Harga dalam rm 8.90 satu set 💵💵 pic.twitter.com/y0dVjQF7WR
— Hαiri🇵🇸 (@zuhairizahurin) October 3, 2020
Jika anda rasa, tahun 2020 anda masih belum berseri, apa kata cuba dahulu dua menu rare ini. Pasti ‘seri’nya terbawa-bawa sehingga tahun baharu 2021.