Tambang Penerbangan Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan ‘Tegur’ Syarikat Penerbangan Supaya Kurangkan Harga Tambang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu bahawa Semenyih berpotensi dijadikan sebagai pusat pelancongan berbasikal kerana mempunyai laluan berbasikal dan fasiliti lain yang bersesuaian dengan sukan itu.

Akan membincangkan perkara tersebut bersama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, beliau berkata perancangan kerja-kerja menambahbaikkan ini dilakukan dengan melihat kepada tumpuan kedatangan golongan berbasikal yang datang ke Semenyih.

Pelancongan Berbasikal

Pelancongan Berbasikal
Sumber: MStar

Merupakan aktiviti sukan dalam kategori lasak, berbasikal mencabar kekuatan mental dan fizikal seseorang dan semakin popular di Malaysia. Termasuk dalam salah satu daya tarik pelancong, sudah terdapat banyak pakej-pakej berbasikal yang disediakan oleh agensi pelancongan.

Dengan pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan, pelancong boleh melawat tempat-tempat menarik dengan hanya menaiki basikal sama ada secara individu atau berkumpulan.

Basikal menjadi pilihan pengangkutan pelancong bukan hanya kerana dapat menjimatkan kos, tetapi aktiviti ini juga boleh dilakukan secara santai sambil menyihatkan badan, lebih mesra alam serta trend terbaru dalam pelancongan.

Sumber: Malay Mail

Tak makan pun dah rasa jijik.

Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/2328041730740553/