Menteri TikTok

Menteri Pengajian Tinggi Dikritik, Tidak Sampai Sehari Poster Anjur Pertandingan TikTok Dipadam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Media sosial kembali hangat apabila Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad memuat naik satu ciapan di akaun Twitternya dengan mempromosikan pertandingan TikTok di bawah anjurannya.

Malah, lebih mengejutkan netizen apabila beliau turut berkongsi satu video yang menampilkan dirinya bersama-sama dua orang influencer iaitu Noreen dan Iskandar Rahman.

Pertandingan itu dipercayai dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai khususnya golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyerlahkan kreativiti mereka biarpun terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, video dan tweet asal sudah dipadam di laman rasmi Ahli Parlimen Parit Sulong itu, dipercayai setelah menerima kritikan ramai. Namun, kerja netizen lebih cekap apabila sempat memuat turut poster dan video berkenaan sebelum ia dikongsi semula di media sosial.

Menteri TikTok

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang atas penganjuran pertandingan itu yang disifatkan tidak bersesuaian dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Kata netizen, Menteri Pengajian Tinggi sepatutnya membantu para pelajar IPTA/S dari segi pembangunan minda lebih-lebih lagi ketika penularan wabak COVID-19.

“Di musim wabak, KPT boleh aturkan satu pertandingan mencipta Test Kits serta Pertandingan Menggunakan Artificial Intelligence Dan Machine Learning Antara Students and University-Industry Researcher. Jaga status mahasiswa.”

Berdasarkan poster, pertandingan itu berlangung pada 8 sehingga 14 April 2020.

Diharapkan Menteri Pengajian Tinggi memberi penjelasan berhubung isu ini, bukan sekadar memadam poster dan video tersebut tanpa ada penjelasan lanjut.

Perubahan kerajaan pada awal Mac telah mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) pada penggal ini. Menurut Perdana Menteri, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.