
Menteri Pendidikan Digesa Kurangkan Lawatan Ke Sekolah, Utamakan Isu ‘Silibus Berat’
Pakar motivasi terkemuka, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi meluah perasaan mengenai isu pendidikan di negara kita pada hari ini.
Dalam hantarannya tersebut, satu teguran panjang telah ditujukan khas buat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang digesa agar memberi fokus yang lebih kepada isu silibus berat yang terpaksa dihadapi oleh murid-murid sekolah rendah sekarang.
Ini berikutan, isu ini sudah lama dibangkitkan tetapi masih belum nampak lagi sebarang sinar cahaya perubahan atau usaha ke arah pembaikan walaupun setelah lebih sebulan beliau memegang jawatan tersebut.
Berikut adalah hantaran penuh yang dibuat oleh Akhi Fairuz. Diharapkan agar teguran ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari YB Fadhlina Sidek.
Rasanya bab silibus berat ni dah lama cikgu-cikgu dan mak bapak bising. Ni harini ada cikgu berkongsi soalan Sains dalam exam UASA tahun 5 yang tak masuk akal pula.
👇🏻👇🏻👇🏻
“Kenapa susah sangat soalan Sains UASA ni?
– Soalan objektif yang tinggal 10 tu (daripada 40 soalan) semua aras tinggi tahap aplikasi dan penyelesaian masalah.
– Soalan hampir semuanya panjang-panjang dan berbelit-belit.
– Hampir semuanya aneka pilihan jawapan. Yang kena lukis pun tak diberi maklumat atau jadual melainkan 1 ayat pernyataan yang kononnya clue.
– Soalan dan jawapan bahagian B dan C yang panjang-panjang dalam dwi bahasa. Serabut nak baca untuk anak-anak kami yang bukan aliran DLP .
– Tak ikut JSU! Seolahnya tiada semakan langsung oleh penggubal soalan. Hampir 60% aras tinggi, 25% aras sederhana dan 15% aras rendah.
– Semunya nak KBAT sangat sampai soalan pun tak faham apa.
Dan bila murid tak faham soalan macamana nak jawab. 😭
Maka… apa dah jadi kepada objektif asal UASA ni?
Nak uji apa sebenarnya??
Nak uji siapa sebenarnya???
LPM must do something about this! A must!!”
*********
Dah sebulan lebih YB Fadhlina Sidek Sidek Fadhlina Sidek mengepalai kementerian, tetapi tak nampak isu ini menjadi prioriti untuk diselesaikan. Tak selesai segera pun tak apa, yang penting ada usaha ke arah itu.
Yang saya nampak, lawatan ke sekolah, beri ratus ribu sumbangan untuk fasiliti sekolah-sekolah tertentu, lawatan ke Terengganu, lawatan ke Johor dan lawatan itu ini.
Bukan nak kata lawatan tu tak bagus, tapi ada banyak lagi isu yang boleh diutamakan. Jika luluskan dana ratus ribu saat lawat sekolah tertentu untuk fasiliti, kenapa tak lulus je ratus juta atau bilion untuk agihkan sama adil ke semua sekolah di Malaysia?
Sekolah di kawasan pedalaman Sabah Sarawak? Sekolah yang terbakar tahun lepas di Gombak? Cikgu Mohd Fadli Salleh ada update pasal ni. Sekolah yang punyai lebih 3000++ orang pelajar hingga 1 kelas dipenuhi 40 orang murid?
Majoriti sekolah kerajaan di negara kita ni dah uzur YB. Ada lebih 10k sekolah, takkan nak pergi ke setiap sekolah dan bagi peruntukan yang sama rata? Akhirnya sekolah-sekolah lain pakat dengki dan minta YB turun melawat ke sekolah mereka pula.
Patut peruntukan sama rata berdasarkan keuzuran. Bukan hanya terpilih sekolah yang YB pergi sahaja. Apa guna ada pegawai aset PPD and JPN jika peruntukan direct. Gunakan mereka dengan sepenuhnya.
Fokus isu ini,
- Silibus sekolah, terutamanya sekolah rendah. Tahap 1 terutamanya. Kesian anak-anak yang dahagakan ilmu, tetapi perlu mengadap soalan/silibus susah begini hingga membunuh minat belajar mereka (membunuh minat belajar ni ibarat ‘jenayah pembunuhan’ yang dilakukan oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak).
- YB gegar sikit Lembaga Peperiksaan tu. Bayar gaji tiap-tiap bulan, tapi ini hasilnya.
- Bantuan biar sama adil mengikut keperluan sekolah.
Maaf YB, terpaksa tulis juga bab ini di Facebook, walau kita saling mengenali secara peribadi.
*********
Namun, bukan semua yang YB buat tak bagus. Antara yang saya suka:
- Adakan pertemuan dengan guru adiwira, Cikgu Samuel Isaiah dan Cikgu Cheryl Fernando. Saya yakin akan ada banyak lagi pertemuan seperti ini akan diadakan. Rugi sia-siakan pengalaman dan kepakaran Guru Adiwira di Malaysia ni.
- Menjawab soalan wartawan dengan penuh yakin. Jika tak dapat jawab, serah kepada Ketua Pengarah Pendidikan. Ni baru nampak kerja satu team.
- Jalinkan hubungan baik dengan Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Saya yakin banyak yang boleh dipelajari.
- Mengendalikan kes mangsa tanah runtuh Batang Kali yang melibatkan murid sekolah dengan baik.
*********
By the way, di page tu jangan abaikan komen netizen. Jika perlu dijawab, jawablah segera. Admin kena pantas bertindak.
Terima kasih.
Apa-apapun, saya tetap yakin dengan kepimpinan YB Kak Fadhlina di KPM. Semoga terus maju jaya.
Cc : DS Anwar Ibrahim
BACA: Ubah Silibus Jadi Lebih Mudah Hanya Akan Membantutkan Potensi Pelajar Itu Sendiri?
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Trending now



