
Menteri Malaysia Bidas Dakwaan Indonesia Jerebu Berpunca Dari Sarawak
Keadaan jerebu yang berlaku di seluruh Malaysia mencatatkan bacaan IPU yang kurang sihat, terutamanya di kawasan Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor dan Sarawak sekitar jam 10 pagi tadi.
BACA: Menteri Indonesia Nafi Jerebu Malaysia Berpunca Dari Wilayah Sumatera
Dua hari lalu, Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya mendakwa keadaan jerebu yang melanda Malaysia bukan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia sebaliknya dari Sarawak walaupun sebanyak lebih 1,278 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di Sumatera.
Kenyataan ini kemudiannya dibidas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Yeo Bee Yin yang membidas dengan fakta data tompok panas dan arah angin dari ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura jelas membuktikan Malaysia menjadi mangsa jerebu dari Indonesia.
Daripada data terkini, sebanyak 474 titik panas ditemui di Kalimantan dan 387 di Sumatera berbanding tujuh di Malaysia.
Bukan mahu menunding jari menyalahkan sesiapa, Malaysia telah menawarkan bantuan kepada Indonesia dalam menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini.
Sumber: Yeo Bee Yin
Siri 47 Meters Down memang mendebarkanlah.
47 Meters Down: Uncaged – Imbas Kembali
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.