Menteri Kemas Meja Kabinet Malaysia Bakal Dirombak 1

Menteri ‘Kemas’ Meja, Adakah Kabinet Malaysia Bakal Dirombak Dalam Masa Terdekat?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri kemas meja. Dua hari lalu, portal berita FMT melaporkan mengenai kemungkinan perbincangan mengenai rombakan Kabinet pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dalam satu mesyuarat Majlis Presiden PH yang berlangsung pada malam 21 Februari lalu.

BACA: Tun Mahathir Sah Serah Surat Perletakan Jawatan, Anwar Ibrahim Puas Hati

Mendapat sumber daripada dua pemimpin gabungan yang enggan dinamakan, mesyuarat tersebut dijangka akan membincangkan mengenai pelan peralihan kuasa Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim.

Menteri kemas meja

Sebentar tadi, media FMT sekali lagi menerima berita daripada sumber dalam bahawa beberapa menteri telah ‘membersihkan’ meja mereka dalam jangkaan rombakan tersebut.

Kabinet Malaysia Bakal Dirombak

Sumber tersebut turut mendedahkan Tun Mahathir sebagai Pengerusi PPBM dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang menghadiri mesyuarat di lokasi berasingan bersama pemimpin parti mereka sebelum barisan tertinggi PPBM termasuk Tun Mahathir menyertai Azmin dan lain-lain di Sheraton Petaling Jaya Hotel untuk satu pengumuman penting.

Masih mencari pengesahan dakwaan tersebut, satu lagi sumber turut mengatakan kepada FMT bahawa Tun Mahathir sedang dalam proses bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan mengenai komposisi politik baru dalam kerajaan.

Terdahulu, Tun Mahathir mengejutkan rakyat Malaysia dengan menyerahan surat perletakan jawatan secara tiba-tiba. Ketidakstabilan politik membawa kepada bursa tempatan mencatatkan paras terendah sejak Disember 2011.

Mencatatkan penurunan sebanyak 2.54% (38.94 mata) berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat lalu, epanjang sesi pagi, indeks terapung berada di antara paras 1,491.20 hingga 1,510.42 dengan pembukaan mata sebanyak 1,501.47.

Sumber: FMT