Indonesia Dakwa Jerebu malaysia Bukan daripada mereka 1

Menteri Indonesia Nafi Jerebu Malaysia Berpunca Dari Wilayah Sumatera

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kejadian jerebu yang berlaku di Malaysia menyaksikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semakin meningkat di beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching dan Miri pada tahap tidak sihat.

Tiga hari lalu, Malaysia menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memberitahu akan menghantar Nota Diplomatik kepada Indonesia bagi menyatakan kebimbangan mengenai situasi jerebu yang melanda Malaysia dan menggesa Indonesia mempertingkatkkan usaha pemadaman.

Walau bagaimanapun, Indonesia hari ini menafikan bahawa kejadian jerebu merentas sempadan yang menjejaskan negara jiran seperti Malaysia dan Singapura adalah dari Indonesia.

Indonesia Dakwa Jerebu malaysia Bukan daripada mereka

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan, Siti Nurbaya itu kelihatan meragukan kerana sebanyak 1,278 titik panas dikesan satelit Terra Aqua di Sumatera hari ini.

Siti Nurbaya memberitahu berdasarkan pemantauan menerusi Satelit Himawari-8, jerebu yang melanda Malaysia bukannya berpunca dari wilayah Sumatera seperti yang dilaporkan media asing sebelum ini.

Keadaan jerebu yang tebal di Indonesia pada tahap berbahaya telah mendorong beberapa kerajaan tempatan seperti Jambi, Pekanbaru dan Siak mengeluarkan arahan bagi mewajibkan sekolah di wilayah tersebut ditutup beberapa hari.

Sumber: Utusan

 

Senarai filem terbaik arahan Quetin Tarantino.

Jom Tonton Siri Baru – TheQuentin Tarantino – Senarai Filem Arahan Terbaik Beliau Boys

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.