
Menjadi Punca Kematian, New York Haramkan Penjualan E-Rokok
Sekurangnya enam orang dilaporkan meninggal dunia akibat daripada penyakit paru-paru misteri disebabkan tabiat menghisap rokok elektronik di Amerika Syarikat.
Susulan itu, Gabenor New York, Andrew Cuomo mengumumkan tindakan eksekutif darurat untuk mengharamkan penjualan rokok elektronik atau e-rokok berperisa.
Menurutnya hanya e-rokok tembakau dan menthol dibenarkan kerana produk-produk berperisa disasarkan kepada golongan muda.
Hampir 400 orang di seluruh Amerika Syarikat mengalami penyakit paru-paru yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan vape, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.
BACA: 6 Kematian Misteri Penyakit Paru-Paru Dilaporkan Akibat Tabiat Vape
Para penyelidik masih cuba memahami punca penyakit itu. Sementara itu, para pegawai kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membeli produk vape di jalan raya atau menggunakan minyak yang diperolehi daripada ganja.
Cuomo menambah peraturan larangan jualan itu mungkin dapat dikuatkuasakan dalam masa dua minggu.
Minggu lalu, Presiden Donald Trump menyarankan langkah pengharaman e-rokok peringkat federal menyusuli penularan penyakit paru-paru yang berkaitan aktiviti vaping baru-baru ini.
Sumber: CNN
The Boys papar siri adiwira gelap.
Jom Tonton Siri Baru – The Boys
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.