
Menjadi Perkakas Wajib Di Dapur, Ini 5 Air Fryer Mampu Milik Dan Jimat Elektrik
Air fryer atau penggoreng udara sering dikenali sebagai perkakas dapur yang penting untuk mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.
Namun, mungkin perspektif itu perlu dibesarkan dengan keadaan ekonomi yang menghimpit kita untuk berpada-pada dalam berbelanja.
Ramai yang menggunakan air fryer atas alasan untuk berjimat dalam penggunaan minyak masak.
Di pasaran, terdapat pelbagai pilihan jenama dan reka bentuk yang kita boleh pilih. Jadi, kami kongsikan 5 jenis air fryer yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli.
5 air fryer mampu milik dan jimat elektrik
Perkara penting untuk memiliki air fryer termasuklah yang berbaloi dengan kuantiti masakan seisi rumah serta selamat digunakan.
1. PerySmith 3D Air Fryer Ecohealth Series
Apabila membeli air fryer, kita patut mendapatkan saiz yang sedikit lebih besar daripada apa yang perlukan. Ini adalah kerana air fryer tidak boleh memasak dengan baik sekiranya makanan di dalam bakul air fryer terlalu banyak dan padat.
PerySmith Ecohealth Air Fryer ini bersaiz 4.8L dan bakulnya hanya bersaiz 3.8L begitu cukup untuk kegunaan 4-5 orang.
Jika terdapat kerosakan, anda tak perlu risau sebab dilengkapi jaminan selama 2 tahun.
Harganya amat berbaloi lebih-lebih lagi apabila mendapatkannya pada harga promosi dibawah RM200.
Beli PerySmith 3D Air Fryer DI SINI
2. Gaboor Air Fryer GA-E45A
Apa yang menarik mengenai air fryer ini, ia juga memiliki saiz sebesar 4.5L.
Ia sesuai untuk anda yang selalu buka sekejap-sekejap untuk melihat keadaan makanan kerana memiliki fungsi auto on dan off.
Jaminan yang diberikan pula amat berbaloi iaitu selama 3 tahun jika berlaku sebarang kerosakan.
Harganya pula boleh didapati bawah RM150 ketika promosi.
Beli Gaboor Air Fryer GA-E45A DI SINI
3. Khind ARF3000 Air Fryer
Memiliki kapasiti 3L, air fryer ini boleh panggang ayam dan membuat kek.
Bakul menggorengnya ada gril yang diperbuat daripada stainless steel. Bukan itu sahaja, ia turut memiliki ciri auto shutdown jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini ketika sedang memasak.
Mudah untuk dikendalikan kerana terdapat paparan digital serta penyepit dan makanan tetap masak sempurna walaupun tidak diterbalikkan.
Beli Khind ARF3000 air fryer DI SINI
4. Russell Taylors Air Fryer AF-24
Salah satu reka bentuk yang baik mengenai Russell Taylors AF-24 Air Fryer ini adalah menggunakan reka bentuk pan dan bakul yang memudahkan aliran udara yang lebih baik dan memasak yang lebih baik.
Amat sesuai untuk isi rumah melebihi lima orang kerana saiz kapasitinya agak besar iaitu 3.8L.
Semua produk Russel Taylors dilengkapi dengan jaminan selama dua tahun.
Beli Russell Taylors Air Fryer AF-24 DI SINI
5. Haier HA-AF40 Air Fryer
Selain digunakan untuk gril, goreng dan panggang seekor ayam dengan kapasiti 4L, air fryer ini juga sesuai untuk anda yang gemar memasak kek.
Memiliki ciri yang dapat mengurangkan penggunaan minyak hingga 80 peratus sekali gus sesuai untuk yang ingin memakan makanan sihat.
Turut dilengkapi dengan perlindungan overheat yang menjadikannya selamat digunakan.
Beli Haier HA-AF40 air fryer DI SINI
Sudah beli air fryer, perlu juga tahu cara penggunaan yang betul agar tidak cepat rosak.
BACA: 7 Tip Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Pengguna Air Fryer