Khaby Lame

Menjadi Hafiz Al-Quran Ketika Umur 14 Tahun, Khaby Lame Tak Perlu Buat Lawak Hina Islam Pun Untuk Jadi #1 Di TikTok!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ketika Malaysia kecoh-kecoh dengan konten biadab ‘air buah’, ‘tarik tudung’ dan ‘hafal 15 juzuk tapi buka baju atas pentas’, lain pula kisahnya dengan anak muda beragama Islam dari Senegal yang bernama Khaby Lame ini.

Khaby Lame (K-abby Lah-May) atau nama sebenarnya Khabane Lame yang merupakan seorang Muslim dan hafiz al-Quran kini berjaya menyingkirkan Charli D’Amelio untuk bergelar individu dengan pengikut paling ramai di TikTok tanpa perlu membuat sebarang konten menghina Islam pun!

Akaun TikTok @khaby.lame mencatatkan bilangan ‘Follower’ Khaby kini telah mencecah seramai 146.4 juta orang dan dia juga telah menerima lebih 2.3 bilion ‘Likes’ setakat ini.

Jumlah pengikut Khaby tersebut telah berjaya memintas angka lebih 143 juta orang pengikut Charli D’Amelio sejak bulan Jun lalu.

1 Khaby Lame

Khaby Lame yang baru saja berusia 22 tahun sebenarnya telah dilahirkan di Senegal namun dibesarkan di Itali.

Menurut Khaby, dia dihantar untuk mendalami ajaran al-Quran dan menjadi hafiz di sebuah sekolah berhampiran Dakar, Senegal sejak berusia 14 tahun lagi.

Sebelum ini, Khaby yang merupakan seorang pekerja kilang telah diberhentikan kerja pada Mac 2020 akibat pandemik COVID-19.

Walaupun bapanya menggesa Khaby untuk mencari pekerjaan yang lain, dia hanya menghabiskan masa berjam-jam setiap hari untuk memuat naik video di TikTok.

Kandungan video Khaby yang kreatif dan mencuit hati di TikTok mendapat reaksi yang sangat luar biasa kerana ekspresi wajah selambanya yang lucu tanpa sebarang suara dan berbentuk sindiran sinis terhadap klip video yang ditemuinya di media sosial sangat menghiburkan.

Khaby Lame juga diangkat sebagai wajah kempen bagi jenama fesyen antarabangsa Hugo Boss.

Dia juga secara terbuka sebelum ini telah menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Ya, saya seorang Muslim dan saya hidup dengan mengamalkan ajaran Islam. Saya tidak tahu bagaimana lagi mahu menjelaskannya,” jelas Khaby Lame dengan penuh bangga kepada sebuah media Itali.

Beberapa konten dari Khaby juga sebelum ini pernah memaparkannya menyambut bulan Ramadan dan berhari raya seperti umat Islam yang lain di seluruh dunia.

BACA: Hanya Guna Mimik Muka Tanpa Bersuara, TikToker Khaby Lame Jana RM92k Untuk Satu Video

Sumber: astro AWANI