Foto Editor

Menipu Dan Ambil Hak Orang Lain, Cara Penyelewengan ‘Skim Rumah Pertamaku’ (SRP) Ini Undang Kemarahan Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan inisiatif pemilikan rumah yang diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh kerajaan bagi membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Antara lain, skim ini juga membolehkan pembeli rumah pertama mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.

Syarat utama untuk memohonnya ialah pendapatan kasar isi rumah adalah sehingga RM5,000 (golongan B40) sahaja untuk pemohon tunggal dan RM10,000 untuk pemohon bersama.

Namun demikian, tular di media sosial semalam pendedahan di Facebook oleh Mohd Khairul Mk mengenai penyelewengan skim ini yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Setakat ini, perkongsian beliau itu telah mendapat lebih 2 ribu ‘Likes’ dan hampir 2 ribu ‘Shares’.

Foto FB Mohd Khairul Mk
– Foto FB Mohd Khairul Mk

Bila kau bercakap tentang rasuah, I want to share my experience today. Simple yet meaningful.

Last week, someone I know offered my wife a property at RM200,000. Dirt cheap and I told her to arrange an appoinment so that we can meet the agent to commit. Harga macam tu, saya kata terus beli lah nak fikir apa, rumah baru pula.

And today, I just get to know that the house was under Rumah Pertamaku scheme. Yang mana target market for B40 dan jika kami berminat, kami kena letak booking atas nama orang lain (dalam golongan B40) di mana peguam yang menguruskan pembelian itu akan selesaikan dan tukar nama dalam sistem sebelum sign S&P (kawtim lah apa lagi).

Saya cakap dengan wife tak perlu. Just scrap the ideas. That house mean for them (mereka yang dalam kemampuan tersebut) dan jika beli, ibarat kami menganiaya mereka sedangkan kami lebih dari mampu. At first, saya ingat rumah tak ada pembeli, oversupply macam rumah PR1MA yang bila tak habis jual, mereka buka pada public.

Benda penting untuk rakyat like this pun boleh manipulate, sedangkan rumah ini keperluan, jadi fikirlah benda lain. Saya selalu percaya dengan rezeki yang dikurniakan, ini pun sebenarnya satu ujian, DIA nak tengok sama ada saya tamak atau tidak.

Ada benda kau boleh tamak, boleh aggressive tapi ada benda kau kena tengok kiri kanan depan belakang sebelum buat.

2 – Foto FB Mohd Khairul Mk
– Foto FB Mohd Khairul Mk

BACA: Jepun Tawar Rumah Secara Percuma Untuk Tarik Penduduk Berhijrah

Sumber: Mohd Khairul Mk