Menipu Dalam Urusan Sijil Halal, Isteri Da’i Farhan Bakal Dipenjara 10 Tahun Jika Sabit Kesalahan

Isteri Da’i Farhan didakwa menipu dalam urusan sijil halal.

Pernah terpalit dalam kontroversi menyamar menggunakan profesion kesihatan iaitu sebagai pakar neurologi, isteri Da’i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 39 tahun hari ini didakwa atas tuduhan menipu seorang wanita dalam urusan sijil halal sehingga menyebabkan kerugian lebih RM10,000.

BACA: Malaysia Negara Tunggal Pembekal Makanan Halal Untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Dr. Erin’ mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 kepada tertuduh yang kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.

Isteri Da’i farhan Didakwa Atas Tuduhan Menipu 1

Berdasarkan pertuduhan, Erin yang diwakili peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik didakwa mendorong Norsiha Aala menyerahkan wang tunai RM10,050 bagi mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk miliknya.

Didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara setahun hingga 10 tahun dengan sebat serta denda.

Erin kemudiannya dikenakan jaminan RM4,000 sebelum Majistret menetapkan 3 April sebagai tarikh serahan dokumen.

Isteri Da’i farhan Didakwa Atas Tuduhan Menipu 3

Da’i Farhan yang hadir sebagai penjamin ketika ditemui media di luar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai kes berkenaan.

Sumber: Berita Harian