Menikahi Wanita Terlalu Cantik Hukumnya Makruh? Ini Penjelasan Sebenar

Pernah dengan menikahi wanita yang terlalu cantik, hukumnya adalah makruh?

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Pasti ramai daripada kita pernah mendengar hadis sahih di atas bukan? Kebanyakan lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga pasti menjadikan hadis ini sebagai garis panduan untuk memilih isteri untuk dinikahinya.

Namun, ada yang mengatakan menikahi wanita yang terlalu cantik hukumnya adalah MAKRUH.

BACA: Kisah Aktres Terpaksa Turun Naik Mahkamah, Diperiksa Kerana Wajah Terlalu Jelita

Menurut seorang pengguna Facebook, Muhammad Hazim Ahmad, dalam beberapa kitab fiqh mazhab Syafie ada menyatakan fatwa mengenai hukum makruh menikahi wanita yang terlalu cantik.

Zainuddin al-Ma’bari dalam Fathul Mu’in:

“Menikahi wanita yang cantik itu yang lebih utama berdasarkan kepada hadis yang menyatakan bahawa sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya.”

al-Bakri al-Dimyati dalam I’anah al-Talibin (3/313):

“Yang dimaksudkan dengan wanita cantik adalah cantik menurut pandangan (perspektif) lelaki masing-masing meskipun wanita tersebut berkulit gelap, atau menurut lelaki yang mempunyai tabiat yang baik sepertimana yang dinyatakan oleh imam al-Ramli.

Dan makruh hukumnya menikahi wanita yang terlalu cantik sama ada kerana biasanya wanita yang terlalu cantik itu memiliki sifat sombong akan kecantikannya, atau banyak mata lelaki lain yang akan tertarik kepadanya.”

Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfatul Muhtaj (7/189):

“Benar, dimakruhkan berkahwin dengan wanita yang terlalu cantik kerana wanita tersebut kebiasanya bongkak dengan kecantikannya dan akan menarik perhatian lelaki-lelaki jahat (buaya).”

Abu Zakariya al-Ansari dalam Ana al-Matalib (3/108) dan Mughni al-Muhtaj (4/207) dalam al-Khatib al-Syirbini:

al-Mawardi berkata: Akan tetapi mereka (fuqaha mazhab Syafie) memakruhkan daripada menikahi wanita yang terlalu cantik kerana wanita tersebut bersifat sombong dengan kecantikannya.”

Bernikah Dengan Wanita Terlalu Cantik Hukumnya Makruh Ini Penjelasanna

Di sini dapat kita lihat, hukum MAKRUH adalah atas sebab dikhuatiri wanita tersebut memiliki sifat sombong kerana kecantikannya dan akan menarik perhatian ramai lelaki lain sehinggakan boleh menjadikan dirinya menjadi bahan bualan orang lain sehingga mengakibatkan berlakunya fitnah.

Mungkin ada segelintir kurang memahami maksudnya. Berikut adalah penerangannya.

  1. Fatwa yang dinyatakan tidak pernah sama sekali menafikan pensyariatan menikahi atau dinikahi wanita menurut kepada empat perkara tersebut yang salah satunya adalah faktor kecantikan. Fokus utama adalah merujuk kepada wanita yang terlalu cantik, dan bukannya wanita yang cantik. Kerana menikahi wanita yang cantik telah dinyatakan di awal penerangan.
  2. Makruh yang dimaksudkan adalah ke atas mana-mana lelaki yang merasakan apabila dia menikahi wanita yang terlalu cantik akan berlaku kemudaratan ke atas dirinya, isterinya dan keluarganya. Tetapi sekiranya lelaki tersebut yain ianya tidak akan berlaku maka dibolehkan untuk menikahi wanita tersebut.
  3. ‘Terlalu cantik’ adalah dinilai atau diukur berdasarkan perspektif lelaki yang hendak mengahwininya. Lihat semua point nombor dua (2).