
Mengenali ‘Bangsar Bubble’ Yang Trending Sehingga Cetus Provokasi Di Twitter
Sering kita lihat meme ‘hello police‘ muncul di media sosial dikaitkan dengan sajian makanan yang dilihat tidak masuk akal. Namun, apabila satu meme ini menjadi realiti apa akan berlaku?

Baru-baru ini, seorang lelaki berusia 53 tahun di Manchester, UK menghubungi polis untuk datang ke restoran segera popular, McDonald’s kerana pesanan burgernya ada bawang. Dia juga bergaduh dengan pekerja restoran berkenaan hanya kerana bawang sebelum menghubungi polis.
Dia bertindak menghubungi polis gara-gara mendapati pesanannya salah yang mana dia tidak boleh memakan bawang kerana mengalami masalah alahan. Selepas menerima laporan, pegawai polis memintanya beredar daripada restoran tersebut namun lelaki itu sengaja menjatuhkan diri di atas lantai dan cuba menarik kaki pegawai polis di situ.

Dia juga sempat meludah pegawai polis sebelum ditangkap. Lelaki itu dilaporkan sedang mabuk ketika insiden berlaku.
Kemudian, dia dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan diarahkan melakukan kerja-kerja komuniti.
Insiden berkaitan menghubungi polis juga bukanlah kali pertama berlaku di restoran makanan segera kerana mahu melaporkan pesanan yang diterima salah atau tidak memuaskan. Pada Julai lalu, seorang pelanggan menghubungi polis kerana pesanan burger dan kentangnya sejuk, manakala seorang ibu menghubungi polis gara-gara Domino’s piza yang dipesan penyebab ketuhar miliknya rosak.
Ada sahajalah kerenah manusia zaman sekarang ini.
Sumber: Fox News
Kami senaraikan penginapan best di Bali, tonton
7 penginapan yang sering dikunjungi di Bali
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/399359767277151/
Trending now



