haman

Mengapa Haman, Sekutu Firaun Yang Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Haman, satu watak penting yang selalu dikaitkan dengan Firaun. Dikatakan juga, Haman berkemungkinan menjawat jawatan yang penting ketika zaman kerajaan Firaun.

Apakah perkara yang kita boleh belajar daripada kisah Haman ini? Jom kita ikuti perkongsian lanjut daripada Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Haman dalam Al-Quran.

Saya tertarik dengan nama ‘Haman’ yang muncul enam kali dalam Al-Quran iaitu di ayat 28:6, 28:8, 28:38, 29:39, 40:24 dan 40:36.

Apa spesialnya seorang yang bernama Haman ini walhal Allah tidak sebut pun nama Firaun zaman nabi Musa AS dalam Al-Quran?

Tentunya Allah meletak nama Haman dalam Al-Quran dengan sebab tertentu.

Begitu juga dengan nama Qarun dan Samiri.

Hanya setelah membuat penyelidikan dan bacaan berbagai sumber sejarah, baru saya tahu siapa Firaun di zaman Nabi Musa AS, boleh baca di sini.

haman

Haman adalah pembesar atau orang kanan Firaun dan hidup sezaman dengan Nabi Musa AS dan dia mati tenggelam bersama Firaun.

Haman bertugas membantu Firaun dalam melaksanakan segala perintahnya seperti membuat bangunan dan monumen yang gah.

Zaman sekarang dinamakan sebagai Menteri Kerja Raya.

Pihak orientalis berkata Nabi Muhammad SAW telah menciduk nama Haman dari Bible dan melakukan kesilapan meletak namanya pada satu zaman dengan Nabi Musa AS.

Nama Haman tercatit dalam Book of Esther iaitu buku dalam Jewish Tanakh (Hebrew Bible) dan kemudiannya menjadi Old Testament kaum Kristian.

Book of Esther yang berumur 1,000 tahun selepas zaman Firaun mengatakan bahawa Haman seorang Babylonian yang hidup di zaman Raja Ahasuerus (Xerxes) ketika empayar Achaemenid. Xerxes adalah anak kepada Darius The Great.

Pihak orientalis menuduh Nabi Muhammad SAW telah mencampur-adukkan cerita Israiliyat mengenai Tower of Babel semasa zaman Xerxes ke dalam Al-Quran.

Baik.

Apabila Rosetta Stone ditemui pada tahun 1799 barulah Egyptologist dapat decode (terjemah) tulisan Egypt kuno (Hieroglyphs) zaman Firaun untuk difahami.

Tulisan Hieroglyphs telah lenyap selama 1,500 tahun semasa zaman Rom memerintah Egypt.

Mereka dapat ‘decode’ kerana Hieroglyphs dicatit bersama tulisan greek di Rosetta Stone. Ramai boleh memahami bahasa Greek ketika itu.

Tiada siapa dapat membaca apa kandungannya sebelum itu sehingga tulisan hieroglyphics (tulisan kuno mesir) telah ‘di-decoded’ pada abad ke-19 itu.

Egyptologist dan sejarawan tergamam kerana nama Haman dicatit di satu monumen Egypt kuno di Hof Museum Vienna walhal Al-Quran telah menceritakan perihal Haman dan Firaun 1,500 tahun dahulu.

Haman dicatit sebagai “The Chief of the workers in the stone quarries’ dalam tulisan Hieroglyphics (dalam gambar).

Dalam Al-Quran:

“Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai HAMAN, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.- Al Quran 28:38.

haman

Kitab Torah Yahudi dan Bible langsung tidak menyebut nama Haman pada zaman Firaun.

Hanya nama Haman berlainan di Babylon sahaja disebut di Old Testament dan bukan Haman Firaun.

Bagaimana Nabi Muhammad SAW yang hidup 1,400 tahun dahulu boleh tahu berkenaan Haman-Firaun di mana tulisan Egypt kuno Hieroglyphics telah pupus di zaman baginda?

Ini satu bukti kemukjizatan Al-Quran yang mencatatkan informasi sejarah yang tepat dan author Al-Quran sahaja yang mengetahuinya.

Wallahua’llam.

BACA: ‘Hafal Al-Quran Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam’ – Ridhuan Tee

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar