sebab pilih Huawei

Mencari Telefon Baharu? Ini 3 Sebab Untuk Anda Pilih Jenama Huawei

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berbicara mengenai telefon pintar, model atau jenama apa menjadi pilihan terbaik untuk segenap golongan masyarakat, tidak kira yang tua mahupun yang muda?

Lambakan jenama telefon pintar antarabangsa yang berada di pasaran membuatkan kita banyak pilihan untuk mencari telefon pintar terbaik untuk diri sendiri dengan menitikberatkan faktor seperti berbaloi, selamat dan berupaya menyelesaikan masalah pengguna.

Baru-baru ini Donald Trump telah mengumumkan penarikan semula sekatan Huawei di Amerika Syarikat, sekali gus mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap jenama telefon pintar nombor dua di dunia.

Secara kebetulan, Huawei Malaysia mengumumkan jualan promosi bermula 1 Julai (hari ini) hingga 8 Julai 2019. Huawei akan memberikan potongan diskaun sehingga 50% untuk produknya.

Tawaran promosi di atas hanya ditawarkan di kedai dalam talian Huawei sahaja.

Inilah masanya mengapa anda harus memilih jenama Huawei kerana:

1. Waranti selama dua tahun secara percuma

Biasanya pengeluar hanya akan memberikan waranti untuk temph setahun sahaja untuk semua model mereka tetapi lain pula dengan Huawei.

Huawei menawarkan peningkatan waranti dua tahun tanpa mengenakan sebarang caj tambahan sekali gus menghilangkan kerisauan pengguna. Model-model yang terlibat dalam tawaran ini ialah siri P30, siri Mate20, siri nova 4, model nova 3i dan siri MediaPad M5.

Tawaran ini terbuka dari 1 Julai hingga 30 September 2019 sahaja.

sebab pilih Huawei
Sumber: Huawei Mobile

2. Tawaran lebih murah

Antara model telefon pintar Huawei yang menjadi idaman ialah siri Huawei P30. Ciri-ciri yang mengasyikkan ini sepadandengan harganya, jadi tidak ramai yang mampu memiliki siri tersebut.

Namun, kali ini siri Huawei P30 sedang mengadakan promosi iaitu rebat sehingga RM400 manakala nova 3i yang menjadi kegemaran ramai menerima harga runtuh. Model P30 kini hanya berharga RM2,299 manakala nova 3i pula hanya dijual pada harga RM799.

3. Sistem operasi EMUI 9.1

EMUI 9.1 ini membawakan pengalaman baru kepada pengguna yang menginginkan lebih banyak interaksi dan aktiviti berkualiti bersama telefon pintar.

Menerusi versi baru ini, anda boleh mencuba pelbagai fungsi menarik termasuk Huawei Share, Huawei Smart Video Editing, kelancaran maksima melalui GPU Turbo 3.0, pembantu maya Digital Voice Assistant, panggilan telefon dengan nada dering rakaman video dan sambungan telefon pintar dengan mesin senaman ketika bersenam.

sebab pilih Huawei
Sumber: Huawei Mobile

Jadi, orang ramai terutama bagi mereka yang ingin menggunakan jenama Huawei tidak perlu risau kerana Huawei ada melaksanakan pelbagai promosi dan aktiviti seperti Huawei Service Day, Battery Service Day, NEXT-IMAGE Photography Masterclass Workshop dan sebagainya.

Apa tunggu lagi? Belilah sekarang sebelum terlambat!

Sumber: Harian Metro