
Menangi Barangan Eksklusif Daripada Artis Doodle Meningkat Naik, Eddy Fazly!
Ramai lagi yang kurang mengenali nama Eddy Fazly dalam industri doodle tanah air.
Lebih senang dikenali dengan nama Eddy, empunya nama ini mula dikenali sejak tahun 2014 ketika menyertai Doodict Collision 4 di Bukit Jalil yang memerlukan peserta melukis doodle pada papan kanvas 4 kaki x 6 kaki dalam masa satu jam.
Bergelar juara dalam pertandingan tersebut, beliau mula mencari rezeki sambilan dengan melukis dan mula menyertai salah satu kumpulan doodle yang agak dikenali di Malaysia iaitu ‘Doodict‘.
https://www.instagram.com/p/BmqiVKrH5bH/
Selain daripada aktif menyertai pertandingan, Eddy bekerja sebagai pelukis sambilan di laman web Fiverr dan 99designs kepada pelanggan antarabangsa dan tempatan.
Sehingga kini, beliau telah memenangi pelbagai pertandingan melukis dan doodle seperti Doodict Collision x Summit USJ x Animasia, DCOD x Kenji Chai Art, Doodict Collision x KL Gateway x Animasia dan Doodle Battle DBKL.
Anak kelahiran Kuala Lumpur yang kini berusia 32 tahun mendapat kelulusan dalam jurusan Senibina di UiTM Shah Alam; Ijazah Sains Senibina dan Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) bekerja sebagai arkitek di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Beliau juga gemar memuat naik komik ringkas ataupun lukisan di laman sosial Instagram untuk tatapan pengikutnya. Antara yang terkenal ialah lukisan poster Avengers: Endgame. Beliau juga akan mengeluarkan komik terbaharunya pada tahun ini yang berjudul ‘Kinabalu Here I Come’.
1. Doodle Battle 2014
2. Live Doodle GLC (KLCC, 2015)
3. Mural kerjasama DBKL untuk Pasar Karat, Petaling Street, Kuala Lumpur (2015)
4. Doodict Collision x KL Gateaway x Animasia (Naib Juara, 2018)
Oh ya, anda nak menang kemeja-T serta poster eksklusif daripada Eddy Fazly?
Mudah sahaja. Sepanjang Ogos ini, Odisi akan menyiarkan satu video Speedpaint daripada Eddy Fazly pada setiap hari dan anda hanya perlu tonton serta like video tersebut.
Seterusnya, isi borang penyertaan di bawah dan ikuti langkah-langkah dinyatakan bagi meningkatkan peluang untuk menang.
Selamat mencuba!
Hero Malaya.
Jordan Boy and Ev Ting: Malaysian Heroes in One Championship
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.