
Menang Emas Di Olimpik, Lembu & Premis Bakso Antara Hadiah Yang Menanti Atlet Indonesia
Berjaya menghadiahkan pingat emas kepada negara dalam acara beregu badminton wanita di Olimpik, hadiah lumayan menanti pasangan atlet beregu Indonesia Greysia Polii dan Apriyani Rahayu ini.
BACA: Diperbuat Daripada Alat Elektronik Kitar Semula, Ini Harga Sebenar Pingat Olimpik 2020
Menewaskan pasangan atlet beregu China, Chen Qingchen dan Jia Yifan dengan mata 21-19, 21-15, kemenangan atlet beregu Indonesia di Olimpik ini nyata mengejutkan orang ramai yang menyangka ia akan diungguli China yang hanya pernah terlepas dua kali pingat emas iaitu pada tahun 1992 dan 2016.
Susulan kemenangan yang membanggakan negara itu, keduanya dijanjikan hadiah yang agak lumayan daripada kerajaan negeri kepulauan Sulawesi, tempat asal Apriyani berupa lima ekor lembu dan sebuah rumah.
Restoran bakso terkenal di Indonesia, Baso Aci Abang secara sukarela menghadiahkan mereka masing-masing sebuah premis.
Malah keduanya juga diganjarkan dengan hadiah wang tunai berjumlah 5 bilion Rupiah (RM1.47 juta) setiap orang.
Greysia pada Olimpik Rio 2016 pernah memberikan bayangan mahu bersara daripada dunia badminton, namun beliau diminta untuk terus bersama Indonesia bersama Apriyani yang muda 10 tahun daripadanya.
Terdahulu, Malaysia menerima pingat pertama dalam acara beregu badminton lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dengan kedudukan mata 17-21, 21-17, 21-14.
Tahukah anda untuk temasya kali ini, pemenang pingat menerima sejambak bunga berwarna kuning, hijau dan biru yang diikat dengan riben biru seperti yang diterima atlet Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang memenagi pingat gangsa bagi acara Beregu Badminton Lelaki.
Untuk pengetahuan anda, ada kisah hitam di sebalik jambangan bunga tersebut.
Jambangan bunga tersebut adalah simbol kebangkitan Jepun selepas bencana gempa bumi dan tsunami pada tahun 2011 yang mengorbankan 20,000 nyawa atau hilang. Bunga-bunga yang dipilih adalah dari kawasan yang teruk dilanda bencana berkenaan.
Bunga berwarna hijau adalah Eustomas yang tumbuh di Fukushima, yang dilanda tsunami dan kemudian tragedi nuklear yang memaksa ribuan penduduknya berpindah.
Baca lanjut di: Kisah Hitam Di Sebalik Jambangan Bunga Pemenang Pingat Olimpik Tokyo
Trending now



