E8LoP28XEAQ2XMZ

Menang Emas Dengan Cara Hina, Israel Terdesak Ingin Buktikan Sesuatu Pada Dunia?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari lalu, berlegaran sekali lagi hashtag #IsraelKoyak di dunia Twitter.

Menariknya kali ini, hantaran hashtag itu datang daripada rakyat Israel sendiri apabila mereka ‘mengejek’ pencapaian Malaysia di dalam sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hantaran itu dilakukan apabila atlet mereka memenangi pingat emas dalam acara sukan gimnastik.

Walau bagaimanapun, kemenangan atlet Israel, Linoy Ashram dalam acara tersebut telah dipersoalkan oleh ramai pihak terutamanya daripada jurulatih Rusia.

E8Lbg8oWUAEZBut

Jurulatih gimnastik berirama Rusia, Irina Viner-Usmanova membuat kenyataan bahawa para juri telah melakukan kesalahan terbesar dalam sukan dan kemenangan Israel ini telah pun dirancang sebelum pertandingan bermula bagi meletakkan Israel di atas Rusia.

Dakwaan ini boleh dianggap tepat apabila atlet tersebut secara terang-terangan telah melakukan kesalahan dengan menjatuhkan pita semasa rutinnya.

Walaupun anak buah jurulatih tersebut, Dina Averina dari Rusia mempersembahkan aksi yang lebih sempurna berbanding Ashram, beliau terpaksa berpuas hati berada di kedudukan pingat perak.

“Ini adalah kesalahan penilaian dan ketidakadilan yang dilakukan secara terang-terangan yang telah dirancang sejak awal lagi. Kesalahan yang tidak ada kaitannya dengan sukan yang bersih. Ini sama dengan doping atau memberi rasuah kepada hakim,” kata Viner kepada RT.

Kesalahan yang dilakukan oleh atlet Israel itu di akhir rutin memang tidak patut melayakkan dia memenangi emas kerana ianya dilakukan secara terang-terangan, namun para juri mengabaikannya.

“Dina Averina, yang melakukan bahagian rutin ini dengan sempurna, harus mendapat markah sekurang-kurangnya satu mata di atas, itu minimum, tetapi dia hanya mendapat 0.7 mata dan kalah dengan hanya sekitar 0.2 mata,” kata Viner sambil menambah bahawa beliau tidak pernah membantah keputusan hakim, tetapi untuk acara kali ini beliau mengemukan tiga bantahan yang dilakukan dalam penghakiman oleh para hakim.

Viner menganggap juri telah melakukan penghinaan yang jelas serta memalukan diri mereka sendiri dengan merampas pingat emas atlet Rusia. Beliau juga menuduh bahawa para juri seperti mahu menjatuhkan atlet Rusia yang sudah memenangi pingat emas sejak sekian lama dalam acara ini.

Walaupun jelas dengan keputusan juri yang berat sebelah, Viner menyatakan bahawa atlet Israel tersebut tidak patut dipersalahkan. Ashram hanyalah alat untuk menjatuhkan atlet Rusia dalam acara ini.

https://twitter.com/tiaraandleo/status/1423940143832920068?s=20

https://twitter.com/vaIievas/status/1423957134136549383?s=20

diva averina

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah Israel hanya ingin membuktikan pada dunia bahawa mereka mampu jadi kuasa besar sukan pula sampai terdesak untuk melakukan perkara begini? Adakah hashtag #IsraelKoyak patut dihantarkan semula pada mereka? Kongsikan kepada kami.

BACA: Koyak Dengan Kecaman Siber, Wanita Israel Ini Dakwa Malaysia Bekerjasama Dengan Hamas