
Menang Besar Dalam Anugerah Seni Baeksang, Ini Sebab Kenapa ‘Beyond Evil’ Layak
Anugerah Seni Baeksang yang berlangsung semalam menyaksikan drama It’s Okay Not to Be Okay dan Beyond Evil mendominasi banyak kategori.
Di Malaysia, umum sedia maklum mengenai kehebatan drama It’s Okay Not to Be Okay yang menjadi trending di Malaysia sepanjang tayangannya, namun bagaimana pula dengan drama thriller psikologi Beyond Evil lakonan Shin Ha-Kyun dan Yeo Jin-Goo?
BACA: 5 Filem Paling Seram Di Dunia Yang Boleh Buat Anda Tak Senang Duduk
Di sini kami sertakan sebab mengapa Beyond Evil boleh diklasifikasikan sebagai masterpiece yang agak rare dan wajib ditonton peminat genre jenayah, thriller dan psikologi.
1. Kimia
Hampir keseluruhan plot drama ini berkisarkan mengenai watak-watak di dalamnya. Bukan sekadar peranan pelakon utamanya sahaja, para pelakon tambahan tetap juga memberikan lakonan yang terbaik sehingga tiada satu pun kekekokan di dalamnya.
Biarpun ada babak-babak yang hanya berdialog menerusi riak wajah dan gerak tubuh, namun ianya tetap disampaikan dengan baik dan menyebabkan penonton terkesan.
2. Watak
Mungkin ada yang merasakan drama ini hanya bertumpu pada dua watak utamanya, namun jika anda menonton dari awal sehingga akhir, anda dapat melihat betapa detailnya setiap watak dalam memainkan peranan mereka dalam memastikan drama ini tidak bosan.
Sebagai contoh, watak pemotong daging yang kebiasaannya dipegang lelaki dibawakan Jae-Yi (lakonan Choi Sung Eun), seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik namun bersikap tegas.
3. Misteri
Setiap episod, anda akan mula menebak siapakah pelaku jenayahnya. Namun, seringkali anda akan mendapati tekaan anda adalah salah. Sehingga pada satu tahap menyebabkan penonton merasa tertekan gara-gara tekaan yang seringkali salah.
Ini yang dijanjikan dalam Beyong Evil. Watak yang terlihat naif, sebenarnya lebih jahat daripada mereka yang terlihat jahat.
4. Runut Bunyi (OST)
Dengan runut bunyi yang tidak terlalu ‘menekan’ dan membawa elemen misteri, penonton lebih menghayati babak. Sebagai contoh runut That Night nyanyian Choi Baek Ho seakan membawa penonton lebih menghayati kesunyian dan penderitaan watak Lee Dong Sik (lakonan Shin Ha-Kyun) yang tanpa penat berusaha merungkai misteri kehilangan kembarnya, Lee Yu-Yeon dengan berbekalkan petunjuk 10 batang jari mangsa yang dipotong separuh dan ditinggalkan di hadapan rumahnya.
Antara runut lain yang menarik dalam drama Beyond Evil ialah Timeless nyanyian BIBI:
Sinopsis Beyond Evil:
Beyond Evil mengisahkan mengenai Lee Dong Shik, seorang detektif di bandar kecil Manyang. Pada suatu hari, seorang detektif elit dari bandar, Han Joo Won (lakonan Yeo-Jin-Goo) dipindahkan ke balai polis sama dan diarahkan untuk bekerjasama dengan Lee Dong Shik.
Tidak lama selepas perpindahan tersebut, bandar Manyang sekali lagi digemparkan dengan satu kes pembunuhan yang mirip dengan kes yang pernah berlaku 20 tahun lalu yang mana ianya telah mengubah hidup Lee Dong Shik.
Biarpun sering bertelagah, keduanya bekerjasama untuk merungkai misteri jenayah tersebut sehingga membawa kepada kes ‘kecurangan’ yang lebih besar.
Trailer 1:
https://www.youtube.com/watch?v=xDLnj2gDCsU
Trailer 2:
https://www.youtube.com/watch?v=dr8GFNoM08U