
Memo Larangan Solat: Pekerja Dakwa Syarikat Tukar Masa Rehat Selepas Tular
Hari ini tular mengenai memo larangan bersolat untuk para pekerja di sebuah kilang plastik di Kapar, Selangor.
Syarikat tersebut, Hond Tat Industries Sdn Bhd dikatakan telah mengeluarkan memo bertarikh 30 Julai yang melarang pekerjanya bersolat pada waktu bekerja.
“Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi salat ketika waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja.”
Dalam memo tersebut jelas memberitahu bahawa mana-mana pekerja yang didapati melanggar arahan tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kesalahan.
Tampil menafikan dakwaan tersebut, Pengurus Urusan Syarikat memberitahu ianya adalah perbuatan sabotaj kerana tiada tanda tangan pada memo tersebut dan tiada kelulusan daripada pengurusan tertinggi.
Namun lain halnya apabila ditanyakan kepada para pekerja. Tidak mahu namanya didedahkan, mereka mengakui bahawa memo dalam dwi bahasa tersebut adalah benar dan selepas tularnya memo berkenaan, pihak syarikat telah menukar waktu rehat bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Pemuda Umno Kapar, Muhammad Noor Azman Noor Hizam memberitahu tindakan tegas dan bersesuaian akan diambil terhadap syarikat berkenaan sekiranya memo tersebut didapati sahih.
Sehingga jam 12.30 tengah hari tadi, pihak polis Daerah Klang Utara memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan polis mengenai ‘isu sabotaj’ daripada pihak syarikat.
Sumber: Utusan Online
Pelancaran JStarS dan KOLS.
JStarS Group and KOLS : Grand Launch
dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.