Handbag

Memiliki ‘Handbag’ Harga Beribu-Ribu Dan Nikmatnya Yang Sebenar Bagi Seorang Wanita

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Wanita dan beg tangan atau ‘handbag’ milik mereka sememangnya saling berkaitan dan seolah-olah sentiasa saling memerlukan.

Terutama sekali sekiranya ‘handbag’ tersebut mencecah harga ribuan ringgit yang sudah tentunya menampakkan lagi status dan kelas mereka yang tersendiri.

Tetapi menurut Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah di laman Facebooknya berikut, ‘nikmat’ yang sebenar bagi seorang wanita bukannya kerana mampu memiliki ‘handbag’ berjenama mewah seperti itu.

Eh, kenapa pula? Tak betul ke? Jom sama-sama kita baca perkongsian dari beliau yang sarat dengan pengajaran dan sangat menginsafkan ini.

Handbag

Nikmat handbag RM20K

Encik Suami: Betul ke kalau handbag Lady Dior tu ada harga sampai RM20K?

Saya: Tak tahu, tak pernah beli. Tapi pernah recce, Dior ni paling murah pun RM9K. Kalau lambskin memang mahal. Agaknya boleh cecah harga tu. Yang pasti dia lagi mahal dari Prada lah. Kenapa tanya?

Encik Suami: Tak adalah, ada isteri pemimpin ni pakai. Tapi dia kata dia beli RM300 je. Kalau tengok tak macam tiruan punya.

Saya: Kita husnuzhon saja, memang dia beli RM300 punya agaknya.

Suatu masa dahulu saya pun pernah suka beg tangan berjenama ni. Rasa macam “baru ada kelas” pakai handbag mahal.

Tapi Alhamdulillah selepas pemergian seorang sahabat kami pada usia 33 tahun akibat kanser, dan kemudian kami pergi haji, perasaan tu Allah hilangkan.

Alhamdulillah.

Percayalah, bila anda BOLEH beli beg tangan harga ribu-ribu, tapi memilih untuk tidak beli kerana tak rasa ghairah pun nak barang tu, ia adalah nikmat.

Bukan handbag tu yang nikmat.

Rasa cukup itu yang nikmat.

Apa pun, ukur baju di badan sendiri.

Kalau ada duit lebih, rasa nak beli untuk kualiti, silakan.

Tapi saya selalu ingat kata-kata sifu bisnes saya dulu. ‘Handbag harga RM2000 belum tentu ada cash RM2000 dalam purse lorr’.

Dan ya, beliau adalah multimillionaire.

Beliau dan isteri run business pergi kerja pakai T shirt dan seluar slack, naik kereta Myvi dan CRV saja.  Rasanya baju paling mahal saya pernah tengok beliau pakai adalah jenama Crocodile. Jenama handbag kesukaan isteri beliau Bonia.

Itu saja.

#drazlindarita
Tak pernah ada cash RM2000 dalam purse 😅

BACA: Beg Tangan Mewah Rosmah Terkait Dengan Skandal 1MDB Rosak Akibat Kecuaian Pihak Berkuasa

Sumber: Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah