Stadium Qatar

Membongkar Rahsia Bagaimana Stadium Di Qatar Sentiasa Kekal Sejuk Dan Tidak Panas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2022 di kaca TV, pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah situasi sebenar penonton dan pemain yang sedang berada di dalam stadium di Qatar ketika itu?

Sememangnya, stadium di Qatar semuanya cantik-cantik belaka. Namun, adakah ribuan penonton tersebut berasa selesa? Tak panas ke bersesak ramai-ramai dalam stadium tu?

Teknologi hebat apakah yang digunakan di negara yang panas macam Qatar ini di stadium-stadium bertaraf dunia mereka? Bolehkah stadium-stadium di Malaysia pun tiru macam ni?

Seorang arkitek, Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli telah membuat satu perkongsian di Facebooknya bagi membawa orang ramai untuk sama-sama mencerakin persoalan ini.

Stadium Qatar

World Cup di Qatar sebenarnya banyak mengundang kontroversi, dari macam mana mereka menang bid untuk hos World Cup pada 2010 dan reaksi pemain memikirkan macam mana nak main bola tengah-tengah panas.

Bab kontroversi menang bid menjadi hos World Cup tu, kat Netflix boleh cari. Menarik juga dokumentari tu. Tapi sebagai arkitek saya amat tertarik dengan idea macam mana Qatar nak pastikan pemain dan penonton tak basah kuyup main tengah panas dalam stadium. Design kita memang tahu dah semua stadium lawa-lawa, tapi kalau lawa dalam panas, pun tak guna.

Tak lain tak bukan sudah tentu teknologi aircond yang main peranan. Tak ada cara lain. Natural cooling memang tak work dekat negara panas macam ni. Qatar ada solar farm yang supply energy untuk run cooling system untuk stadium. Kira suhu selesa 20 degrees tu boleh dapat.

Adakah cooling system ni untuk sejukkan satu stadium? Tak. Mereka guna system spot cooling, maknanya tempat yang perlu sahaja seperti tempat pemain dan tempat duduk penonton.

Selain dari cooling system, design stadium itu sendiri memainkan peranan untuk mengurangkan panas sampai ke dalam stadium. Bentuk stadium itu sendiri berfungsi untuk maintain cold bubble di kawasan dalam stadium supaya keadaan dalam stadium kekal selesa untuk penonton dan pemain bola. Cool kan haha.

Design stadium ni, bukan calang-calang arkitek yang design. AECOM, Foster dan Zaha Hadid antaranya. Untuk dapatkan design yang kena dengan identiti negara pada masa yang sama untuk pastikan World Cup berjalan dengan lancar, itu tak mudah.

Adakah arkitek kita mampu untuk design stadium bertaraf dunia untuk negara kita? Jauh lagi lah kalau proposal pun klien minta free. Stadium Shah Alam tu pun tak tahu lagi apa plan nak repair.

Sekian.

Ar.Ahmadkhairul Sabirin

BACA: Firma Singapura Urus Keselamatan Di Qatar, Elak Tragedi Itaewon & Kanjuruhan Berulang

Sumber: Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli