Melucah

Melucah Menggunakan Kiasan – Normalisasi Membimbangkan Dalam Masyarakat Hari Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penceramah motivasi, Mohd Fairuz Bin Abu atau lebih dikenali dengan gelaran Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah membuat satu hantaran di Facebooknya bagi menegur perbuatan penggunaan kata-kata lucah dalam bentuk kiasan yang kini semakin dinormalisasikan di kalangan masyarakat.

Ini berikutan perbuatan seperti itu didapati seolah-olah semakin menjadi kebiasaan dalam perbualan harian malah turut sering digunakan secara meluas di kaca televisyen melalui program realiti, drama dan filem!

Amat menyedihkan kerana masih ramai lagi yang menganggap isu ini sebagai perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan kerana ianya hanyalah sekadar satu hiburan dan lawak semata-mata.

Berikut adalah hantaran yang dibuat oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi bagi menyatakan kerisauan beliau terhadap penyakit sosial yang semakin serius dalam masyarakat hari ini. Semoga dapat kita jadikan renungan bersama.

Melucah

Bab mengkiaskan atau memberi nama kemaluan kepada nama objek/makanan/lucah telah lama dinormalisasi dalam masyarakat kita. Saya telah menulis isu ini sejak dulu lagi.

Ada tu sampai tak rasa apa dah. Kata mereka, melawak je, chill lah, tak sporting lah kau ni, tak payahlah fikir jauh sangat, macam-macamlah!

Teringat saya tahun lepas. Ketika itu saya dijemput memberi pengisian kepada guru-guru di sebuah sekolah. Pentadbir jemput pun sebab dah berbuih nasihat segelintir tenaga pengajar yang suka melucah antara satu sama lain.

Ada antara mereka tu ustaz, seorang ibu, juga seorang bapa. Guru besar bagi tahu, mereka pernah sebut begini “sedap betul susu yang kau bawa ni”, lalu yang seorang lagi terus jawab “tu belum kau rasa ‘susu’ aku lagi”.

Yang memulakan perbualan tu cikgu lelaki, yang menjawabnya tu cikgu perempuan. Keduanya sudah berkahwin, juga punya anak.

Lebih teruk lagi saya dimaklumkan bahawa mereka ini juga siap galakkan murid yang melawak lucah sesama sendiri.

Bayangkanlah insan yang mendidik anak-anak pun ada yang anggap melucah/melawak lucah/double meaning ni benda biasa.

Sedih saya.

Bagaimana pula dengan masyarakat kita?

Dalam program realiti lawak? Lagilah dah berakar umbi dari dulu. Bila netizen banyak kali bising, barulah krew produksi alert bab ni. Kini, pelawak di Malaysia makin berhati-hati.

Juri jemputan seperti Dato Awie pun banyak kali tegur dan beri amaran keras kepada pelawak ini.

Kemudian, benda begini datang dalam filem tempatan pula. Sebagai contoh filem Pulau yang bakal ditayangkan nanti. Tak ada double meaning dah, terus je buat scene soft pornography! Gila!

Di TikTok, ada pempengaruh di sana mula buat konten pasal lato-lato. Awalnya ramai buat konten biasa sahaja, sekadar permainan, tapi yang ini dibuat double meaning merujuk kepada testis lelaki, juga bunyi saat hubungan seksual dilakukan.

Sejak beberapa hari lepas pula, ramai yang tag saya mengenai satu scene lakonan Dr Maszlee Malik dalam filem (series?) Kudeta. Jujurnya, saya tak pernah tengok cerita tu walau dah tayang Disember lepas lagi. (Jika tak silap).

Babak apa tu? Scene berkenaan memaparkan Dr Maszlee (dalam wataknya) menyebut ‘apam’ yang jelas-jelas merujuk kepada vagina wanita. ‘Apam’ basah? ‘Apam’ kering? Ya Allah, jijiknya saya dengar!

Saya tak pasti kenapa saat membaca skrip itu beliau tergamak untuk teruskan juga babak berkenaan. Walhal boleh sahaja ditolak.

Walau selepas skrip itu diungkapkan beliau telah ditampar oleh Vanidah Imran, tapi itulah, damage is done. Tak boleh berpatah balik ke belakang.

Sebagai seorang aktivis, mantan Menteri Pendidikan, agamawan, orang yang faham agama, tak patut Dr Maszlee terima skrip seperti itu. Nak berlakon tak ada masalah, tetapi biarlah tidak backfire kepada diri sendiri, juga kepada orang lain di sekeling beliau.

Saya secara peribadi telah wassap beliau beberapa hari lepas dan beliau terima teguran berkenaan. Syukur.

(Alhamdulillah, dalam jam 2 petang tadi, Dr Maszlee telah update permohonan maaf : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=729248905241881&id=100044703331586&mibextid=Nif5oz)

Tolonglah sangat, tak kisahlah kau tu siapa, orang terkenal ke, tak terkenal ke, ahli akademik ke, doktor, YouTuber, TikTokers, influencer, guru, ibu bapa, netizen atau sesiapa sahaja, jangan sekali-sekali normalize benda sebegini.

Jika orang dewasa macam kita pun susah nak ubah, macam mana nak didik anak-anak muda di sekolah ni.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,

Faraj adalah faraj, bukan apam! Zakar adalah zakar, bukan bebird/angry bird dan lain-lain. Inilah ilmu yang sering saya sampaikan kepada ibu bapa saat mereka bertanya nak mula dari mana didik anak mengenai pendidikan seksualiti. Maka, saya akan jawab mulakan dengan memberi nama yang selayaknya kepada kemaluan itu.

t.me/jadualceramahakhifairuz

BACA: Ustaz Suka Buat Lawak Lucah Dan ‘Double Meaning’ Tidak Wajar Dijadikan Teladan