Sihir

“…Melampau Benar. Sikit-Sikit Salahkan Sihir”

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sikap dan mentaliti masyarakat Malaysia pada hari ini yang suka mengaitkan semua perkara dengan alam ghaib dan sihir telah ditegur oleh ZaYed Zulfikli melalui satu hantaran di Facebooknya.

Hantarannya itu dibuat susulan tularnya ciapan yang menunjukkan sekeping wang kertas bernilai RM5 yang diconteng dan dikaitkan pula dengan sihir kedai kononnya bertujuan untuk menganiaya peniaga.

Sihir

Ikuti tegurannya berikut yang ringkas tapi benar-benar memberi maksud yang mendalam untuk direnungkan bersama:

Sihir

Kedai tak orang nampak, salahkan sihir. Walhal bad customer service, masak tak sedap, lokasi tak bagus.

Tau tak Shell, Petronas buat kajian untuk tarik orang isi minyak malam-malam macam mana? Pencahayaan lampu dan warna dan sebagainya.

Duit tulis pakai marker, kata tulisan darah khinzir. Dah buat DNA testing ke?

Tulisan Mandarin, kata tulisan Siam.

Sihir

Sotong berulat kata sihir; walhal tak hygenic.

Bukan la nak kata sihir tu tak wujud. Tapi kadang-kadang tu melampau benar, sikit-sikit salahkan sihir.

Sihir

BACA: ‘Masih Ada Yang Amalkan’ – Kerajaan Diminta Wujudkan Undang-Undang Jenayah Sihir

Sumber: ZaYed Zulfikli