
Melampau! Ada Golongan Buta Sejarah Samakan Perjuangan Mat Kilau Dengan Chin Peng?
Kutipan filem Mat Kilau ketika ini telah pun mencecah lebih RM50 juta dan menjadi filem terlaris dalam sejarah perfileman tanah air.
BACA: ‘Top 20’ Filem Tempatan Terlaris Sepanjang Zaman
Namun, hampir setiap hari ada saja kisah yang tidak enak didengar di sebalik kejayaan filem ini yang dikongsikan di media sosial.
Ada yang membawa bayi masuk pawagam, ada yang memberikan ulasan teruk, malah ada juga yang sibuk dengan kisah rumah tangga Syamsul Yusof.
Paling tidak sedap didengar ialah adanya golongan yang ‘gagal’ dalam mata pelajaran Sejarah yang dengan yakinnya menyamakan wira tanah air Mat Kilau dengan pengkhianat negara Chin Peng!
Pendedahan ini dibuat oleh peguam Zee How Tai di laman Facebooknya Ulasan Apek Cina. Ikuti luahan perasaan dan geramnya terhadap golongan yang kurang bijak ini melalui hantarannya berikut:
Saya cukup marah apabila seorang kawan bandingkan Mat Kilau dengan Chin Peng.
Dia kata, Mat Kilau menentang penjajah British, Chin Peng menentang penjajah Jepun; Mat Kilau derhaka kepada Almarhum Sultan, Chin Peng derhaka kepada Almarhum Tuanku Agong; Mat Kilau menyembunyikan diri, Chin Peng menyembunyikan diri.
Saya marah, dan minta dia baca sejarah dulu baru bagi pandangan yang begitu bxdxh.
- Mat Kilau perjuangkan untuk kaum dan agama. Chin Peng nakkan negara Komunis yang tidak berasaskan agama.
- Mat Kilau dan rakan seperjuangan melawan tentera penjajah. Chin Peng membunuh ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa.
- Mat Kilau menentang penjajah untuk maruah dan bangsa, beliau berhenti sebelum dan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan, Chin Peng menentang penjajah Jepun, dan teruskan menentang DYMM Tuanku Agong SETELAH Malaysia mencapai kemerdekaan.
- Mat Kilau ingin menaikkan Agama dan pemerintahan rakyat tempatan. Chin Peng nak musnah Agama dan importkan ideologi komunisma.
Apa nak bandingkan Mat Kilau dan Chin Peng?
Baca sejarah dululah bxdxh!
Sumber: Facebook Ulasan Apek Cina
Trending now



