
Mekanik Ini Tunjuk Cara Mudah Tolak Kereta Bagi Orang Kurus
Mekanik ini tunjuk cara mudah tolak kereta bagi orang kurus.
Malang memang tidak berbau. Kadangkala dalam kehidupan ada benda yang tidak boleh kita jangkakan berlaku, seperti kereta rosak di pertengahan jalan dan terpaksa ditolak. Lebih malang lagi jika anda sendirian di kawasan yang tidak dilalui ramai.
Mungkin jika anda memiliki badan yang tegap, ianya tidak menjadi masalah. Tapi bagaimana pula cara yang perlu dilakukan jika anda memiliki badan yang kurus dalam situasi ini?
Jangan risau, di laman media sosial satu video yang mengajar anda cara menolak kenderaan sekiranya berbadan kurus telah tular dan ianya sangat membantu anda untuk mengatasi masalah tersebut.
Sudah ditonton lebih 715,000 kali di TikTok, akaun @carlsonchia_oe yang bekerja sebagai mekanik ini banyak berkongsi video tip berkenaan kereta dengan cara yang santai dan kelakar.
Tonton video yang sudah dimuat naik semula di Twitter.
Cara nak tolak kereta rosak jika anda keseorangan.
Good info. pic.twitter.com/sK6YOMekmH
— Twt_Bajet (@twt_bajet) September 17, 2020
Caranya memang mudah:
- Tekan butang double signal.
- Tukarkan gear ke N.
- Turunkan handbrake.
- Turunkan cermin sehingga habis.
- Tarik habis safety belt dan tutup pintu.
- Masukkan badan ke dalam safety belt.
- Tangan di stereng kereta dan tolak kereta.
Cara yang ditunjukkan mekanik ini memang amat membantu sekiranya kita berdepan dengan situasi tidak terjangka ini. Kalau tak badan kurus pun boleh buat cara yang sama.
Terdahulu, minggu ini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita korban yang melibatkan empat orang gadis yang ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di kawasan stesen minyak Shell Samagagah, Seberang Jaya.
Susulan kejadian tersebut, tiga daripada empat orang mangsa dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi masih tidak sedarkan diri di ICU namun sudah semakin stabil dipercayai mengalami keracunan gas karbon monoksida yang berpunca daripada kebocoran di bahagian ekzos kereta yang mengeluarkan bunyi dan bau asap yang kuat.
Trending now



