Meghan Markle

Meghan Markle Bakal Bintangi Filem Disney+ Selepas Undur Diri Dari Keluarga Diraja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Meghan Markle bakal menjadi suara kepada sebuah filem dalam rangkaian video penstriman Disney+. Duchess of Sussex itu telah mengumumkan tayangan filem terbaru Disney+ yang diberi nama Elephant pada 3 April ini, 3 hari selepas beliau dan suami, Putera Harry berundur diri daripada keluarga diraja Britain.

Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan keluarga gajah merentas benua Afrika dengan jarak sejauh 1,000 batu yang bakal mengubah hidup mereka.

Ini merupakan watak pertama filem yang bakal dibintangi Meghan Markle selepas berhenti berlakon kerana ingin mengahwini Putera Harry.

Trailer filem ini telah ditayangkan namun tidak ada suara latar Meghan Markle di dalam video pengenalan tersebut.

Saluran Disneynature telah membuat pengumuman di Twitter bahawa filem Elephant bakal disuarakan oleh Meghan Markle, Duchess of Sussex pada 3 April ini.

Selain filem Elephant, Disney+ turut melancarkan satu lagi filem, Dolphin Reef yang disuarakan oleh Natalie Portman.

Portal penstriman video terbaru, Diseny+ bakal dilancarkan dalam minggu ini. Bersama pelancaran ini, terdapat berates pilihan filem baru dan sedia ada yang dimiliki oleh Disney bakal ditayangkan untuk tatapan para pelanggannya.

Sebelum memasuki dunia keluarga diraja, Meghan Markle terkenal dengan wataknya dalam drama bersiri Suits sebagai Rachel Zane. Selepas pengumuman beliau untuk meninggalkan dunia keluarga diraja, ramai peminatnya menginginkan beliau kembali ke dunia perfileman.

Minggu ini merupakan minggu terakhir Putera Harry dan Meghan Markle menjadi keluarga diraja Britain. Bermula 1 April, pasangan ini akan memulakan hidup baharu tanpa dikaburi oleh spotlight keluarga diraja.

Untuk mengetahui mengapa mereka ingin bertindak demikian, boleh rujuk artikel ini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Mereka kini telah menetap di Kanada dan dilaporkan sedang mengkuarantinkan diri daripada wabak COVID-19.

Dengan mengambil langkah keluar daripada keluarga kerabat diraja, dilaporkan pasangan ini ingin berusaha sendiri dalam membina pendapatan masing-masing.

Ini bermaksud, mereka bebas untuk melaksanakan perniagaan masing-masing. Walaubagaimana pun, Permaisuri Elizabeth telah menghalang mereka daripada menggunakan nama keluarga diraja dalam penjenamaan perniagaan mereka.

Sumber: Mirror