Media Sosial Bahasa Kebangsaan

Media Sosial Punca Bahasa Kebangsaan Berdepan Cabaran Besar – DBP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Pengangkutan Mesir, Hisham Arafat meletakkan jawatan susulan nahas yang melibatkan sebuah kereta api akibat daripada merempuh halangan di stesen ibu kota Mesir dan telah mengorbankan sekitar 25 orang serta mencederakan 47 orang pada 27 Februari.

Rakaman CCTV menunjukkan kereta api yang melalui stesen Ramses gagal berhenti ketika tiba di platform enam telah merempuh penghalang dan pemegang besi sebelum meletup dan terbakar.

Nahas Kereta Api Mesir

Para penumpang kereta api dilihat bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bagasi masing-masing; ada diantara mereka yang berlari dengan tubuh disambar api. Manakala mangsa yang meninggal tidak dapat dikenal pasti kerana keadaan mayat rentung; ada yang bergelimpangan di atas tanah.

Seorang saksi mendakwa bahawa beliau melihat seorang lelaki memasuki kawasan platform yang menjerit, “tiada brek” beberapa kali dan menunjuk ke arah kereta api sebelum melompat keluar.

Nahas Kereta Api Mesir

Pihak keselamatan mendakwa tiada petunjuk yang menunjukkan bahawa nahas itu berlaku akibat daripada perbuatan khianat. Tetapi pasukan penyiasat yakin kejadian berkenaan berlaku akibat daripada perbalahan dua konduktor lokomotif.

Pemandu tren turun meninggalkan tren untuk bergaduh dengan seorang lagi konduktor yang menghalang kereta api dipandunya tanpa meletakkan brek, dan sebuah lagi tren mula bergerak ke belakang menyebabkan tren berada dalam keadaan bebas gerak sehingga memecut kemudian menghentam penghadang konkrit serta logam sebelum meletup.

Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan menggantung semua ketibaan dan pelepasan di stesen Ramses itu sebelum membuka semula semua platform kecuali satu yang terjejas akibat nahas.

Sumber: Time

Siapa yang tak nak kongsi burger besar macam ini memang gelojoh orangnya.

7 Burger Besar Yang Wajib Dikongsi

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.

https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/154264018810678/