Media Prima Buang Lagi 300 Kakitangan, Utusan Dan Kosmo Kembali Beroperasi

Media Prima Buang Lagi 300 Kakitangan, Utusan Dan Kosmo Kembali Beroperasi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seramai 300 orang kakitangan Media Prima Bhd telah menerima notis pemberhentian kerja semalam yang menyaksikan tarikh akhir perkhidmatan kakitangan terlibat adalah pada 31 Julai 2020.

BACA: Diberhentikan Kerja, Ini 2 Pilihan Yang Ada Untuk Kakitangan Media Prima

Keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan dengan wakil-wakil daripada lima kesatuan sekerja susulan pengumuman syarikat pada 4 Jun lalu merupakan salah satu pelaksanaan dalam proses transformasi syarikat.

Ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan keadaan ekonomi tercabar menjadi punca syarikat terpaksa mempercepatkan pelaksanaan proses transformasi.

Syed Mokhtar beli saham Media Prima

Proses transformasi ini akan merangkumi semakan semula model pendapatan dan pengurusan kos yang bersesuaian melibatkan perubahan operasi di unit-unit terpilih untuk mengatasi ketidakcekapan kos yang timbul akibat pertindihan kerja.

https://www.facebook.com/hazli.bobo/posts/10158391207078232?__tn__=H-R

Bertujuan untuk menjadikan kumpulan sebagai model perniagaan yang mantap dan mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang, Media Prima sebelum ini pada Mac sudah membuang 500 orang kakitangan.

Ironinya, Aurora Mulia Sdn Bhd yang merupakan syarikat pemegang saham utama Media Prima dilaporkan telah mengambil kepentingan dalam anak syarikat Utusan Melayu Berhad, Dilof Sdn Bhd bagi memastikan Utusan dan Kosmo tidak berkubur serta dapat diteruskan.

BACA: Utusan Malaysia Dijangka Buat Kemunculan Semula Bulan Hadapan Dengan 170 Kakitangan Baharu

Terdahulu, dalam satu muat naik perkongsian di Facebook HR Media Mulia, Kosmo Online dan Utusan Malaysia dikatakan bakal membuat kemunculan semula pada Julai ini dengan 170 kakitangan baharu.

1 November lalu, Kumpulan Media Prima Berhad mengumumkan pelaksanaan pelan rasionalisasi tenaga kerja yang merupakan sebahagian daripada fasa transformasi perniagaan akan menyebabkan pemberhentian sekumpulan pekerja mereka.

Sumber: Malaysia Gazette