
McGregor Ajak Khabib Rematch, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah
Pertembungan antara Conor McGregor dengan Khabib Nurmagomedov merupakan antara perlawanan yang besar dalam sejarah UFC. McGregor yang terkenal dengan pertuturan berunsurkan provokasi telah meminta untuk bertarung semula dengan Khabib. Ya, McGregor Ajak Khabib rematch!
Memberitahu media bahawa kekalahannya di UFC 229 itu adalah berpunca daripada kekurangan motivasi diri, McGregor mahu menuntut semula ‘haknya’ dalam perlawanan semula antara mereka setelah beberapa bulan mencari jawapan.
Beliau yang mahukan peluang untuk memperbaiki kembali kekalahannya yang ‘dibantai’ teruk oleh Khabib. Ya, sekali lagi, McGregor Ajak Khabib rematch. Berani sungguh beliau.
McGregor continues: “He almost dropped me, but then shot for the legs. Stand there and fight” pic.twitter.com/aLVqx3trsv
— Mike Pendleton (@MP2310) March 19, 2019
Selepas perlawanan McGregor turut diserang Khabib kerana telah memprovok Khabib yang beragama Islam dengan menghulurkan arak sambil mengucapkan salam selain daripada memanggil Khabib sebagai pengganas.
Akibat daripada itu, Khabib digantung selama sembilan bulan dengan denda sebanyak USD500,000 (RM2.05 juta), manakala McGregor digantung selama enam bulan dengan denda USD50,000 (+-RM205,358).

Hukuman penggantungan keduanya berkuatkuasa pada 6 Oktober lalu (tarikh pertarungan berlangsung), dan hukuman kepada Khabib akan dikurangkan sekiranya dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan mesej kempen anti-buli.
Sementara itu, Khabib dilaporkan hanya akan bertarung semula dengan McGregor jika UFC setuju membayar USD100 juta bersamaan dengan nilai sekitar RM406.6 juta.
Menurut bapa yang juga jurulatih Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, Khabib layak menerima bayaran sebanyak itu untuk perlawanan semula dengan McGregor.
Pertarungan semula antara Khabib dan McGregor merupakan perlawanan yang paling dinanti terutamanya buat peminat sukan seni bela diri (MMA) selepas kontroversi yang melanda keduanya semasa pertembungan pertama di UFC 229.
Baca artikel ini untuk dapatkan maklumat lanjut.
Walaubagaimana pun, dipercayai bintang seni bela diri campuran (MMA) UFC, Conor McGregor mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan persaraannya dari sukan itu.
Petinju dari Ireland itu tidak memasuki mana-mana pertarungan sejak Oktober lalu selepas beliau kalah dan mencentuskan kontroversi dengan Khabib Nurmagomedov.
McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung selama enam bulan susulan kekecohan itu.
Meskipun begitu, ramai yang agak skeptikal dengan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia hanyalah ‘taktik’ untuk mempromosikan diri serta pertarungannya yang seterusnya.
Sumber: MMA Fighting
Trending now



