McGregor Ajak Khabib Bertarung Semula, Kekalahan Lama Berpunca Dari Motivasi Rendah

Pertembungan antara Conor McGregor dengan Khabib Nurmagomedov merupakan antara perlawanan yang besar dalam sejarah UFC. McGregor yang terkenal dengan pertuturan berunsurkan provokasi telah meminta untuk bertarung semula dengan Khabib.

Memberitahu media bahawa kekalahannya di UFC 229 itu adalah berpunca daripada kekurangan motivasi diri, McGregor mahu menuntut semula ‘haknya’ dalam perlawanan semula antara mereka setelah beberapa bulan mencari jawapan.

Beliau yang mahukan peluang untuk memperbaiki kembali kekalahannya yang ‘dibantai’ teruk oleh Khabib.

Selepas perlawanan McGregor turut diserang Khabib kerana telah memprovok Khabib yang beragama Islam dengan menghulurkan arak sambil mengucapkan salam selain daripada memanggil Khabib sebagai pengganas.

Akibat daripada itu, Khabib digantung selama sembilan bulan dengan denda sebanyak USD500,000 (RM2.05 juta), manakala McGregor digantung selama enam bulan dengan denda USD50,000 (+-RM205,358).

McGregor Ajak Khabib Lawan Semula
Sumber: USA Today

Hukuman penggantungan keduanya berkuatkuasa pada 6 Oktober lalu (tarikh pertarungan berlangsung), dan hukuman kepada Khabib akan dikurangkan sekiranya dia melaksanakan khidmat masyarakat dengan mesej kempen anti-buli.

Sumber: MMA Fighting