Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim

MCED Gesa Larangan Guna Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim, Elak Kekeliruan Status Halal

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Masih tidak reda lagi bantahan sukatan pelajaran Jawi tiga muka surat oleh beberapa pihak kepada Kementerian Pendidikan dan pentadbiran kerajaan.

 BACA: Tetap Bantah Sukatan Jawi, Tun M Sifatkan Dong Zong Rasis

Perkara ini akhirnya membawa kepada penggesaan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) kepada kerajaan untuk memabwa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk oleh pengusaha bukan beragama Islam.

Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Muslim 1

Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris berkata larangan tersebut merupakan antara resolusi yang dicapai melalui perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dalam industri termasuk usahawan.

Ada pengusaha menggunakan tulisan Jawi sebagai usaha mensucikan kandungan tidak halal dan usaha ini perlu dilakukan bagi mengelakkan pengguna keliru dengan status halal produk tersebut.

MCED selaku badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa bergerak bagi membantu usahawan dan menjadi pemangkin antara usahawan dan agensi kerajaan.

Sumber: Harian Metro

Kena sangatlah aplikasi MMspot ini dengan gaya hidup milenia zaman kini!

MMspot – Platform Ganjaran Di Hujung Jari

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.