
Maybank Tawar Penghantaran Percuma Untuk Bantu Peniaga Kecil Dan Warung Makanan
Maybank membantu peniaga kecil dan warung makanan dengan menawarkan penghantaran percuma.
Hari ini berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua dan bakal dilanjutkan ke fasa tiga sehingga 28 April.
Disebabkan itu, ramai dalam kalangan kita yang terjejas dan hilang mata pencarian kerana pergerakan kini terbatas demi mengekang penularan wabak COVID-19 ini, terutama bagi peniaga kecil dan warung tempatan.
Contohnya, CEO AirAsiaX sanggup tukar profesion menjadi penghantar makanan demi mendapatkan sumber tambahan tambahan sepanjang tempoh ini berlangsung.
Baca: CEO AirAsiaX Tukar Kerjaya Sebagai Penghantar Makanan Sepanjang Musim PKP
Terkesan dengan apa yang dialami oleh golongan ini, syarikat Maybank kini hadir dengan sebuah kempen khas yang dinamakan Sama-Sama Lokal. Kempen ini menghimpunkan pelbagai kedai makan setempat sekali gus memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui mereka.
Maybank menggunakan penawaran teknologi asas sahaja untuk tujuan ini – memandangkan kekangan teknologi yang dihadapi oleh pekedai kecil atau pemilik warung makanan, dan sebagainya.
Pengguna boleh menyemak pengguna boleh menyemak kedai makan, memilih menu makanan, dan membuat tempahan terus menggunakan WhatsApp. Seterusnya, pengguna turut boleh membuat pembayaran menggunakan perkhidmatan bank secara dalam talian atau Maybank QRPay.
Caj penghantaran yang ditawarkan Maybank ini adalah percuma sehingga 10 kilometer dan jika lebih, setiap kilometer tambahan itu akan dicaj sebanyak RM1.
Antara kedai makanan yang terdapat dalam kempen ini ialah Kari Kepala Ikan Mahkota, Gerai Chik Pah, Restoran Aishah- Nasi Kak Wok, Nasi Lemak Saleha, Kedai Burger Soleh, Teh Ais Madu (Tesco Ampang), Satay Station dan banyak lagi kedai di sekitar Lembah Klang.
Boleh lihat senarai kedai di laman rasmi Maybank.
Tak perlu susah-susah ke kedai makan yang anda mengidam, gunakan perkhidmatan ini sahaja!