Maybank Dan Grab Bekerjasama Perkenalkan Kad Kredit Mastercard Platinum

Maybank Grab Mastercard Platinum
Maybank dan Grab bekerjasama dengan memperkenalkan kad kredit Maybank Grab Mastercard Platinum. Kad kredit ini pasti memberi tambah nilai yang lebih baik kepada semua pengguna Grab.
 
Maybank Grab Mastercard Platinum
Kad kredit ini menawarkan 5x mata ganjaran untuk setiap transaksi.
  • 5x – untuk setiap perbelanjaan sebanyak RM1 bersama Grab (GrabRide, GrabFood, GrabDelivery, GrabMart, GrabPay)
  • 2x – untuk setiap perbelanjaan sebanyak RM1 untuk pembelian luar negara, luar sempadan dan e-commerce.
  • 1x – untuk setiap perbelanjaan sebanyak RM3 di Malaysia (kecuali bersama Grab dan transaksi e-commerce)

Apabila anda mendaftar untuk mendapatkan kad kredit ini, Maybank menawarkan 1,000 mata ganjaran selamat datang kepada pemegang kad. Terdapat juga pengecualian daripada membayar fi kad seumur hidup dan naiktaraf percuma kepada Grab Platinum untuk 6 bulan.

Sekiranya anda berbelanja sebanyak RM300 dalam tempoh 45 hari selepas kad disahkan, anda bakal menerima baucar 5x RM5 GrabRide dan 5x RM5 GrabFood. Tambahan lagi, pemegang kad juga berpeluang utnuk menikmati diskaun daripada platform online Alrpo One Clik, Harvey Norman, Hermo, Klook, SoCar dan Zalora.

Maybank Grab Mastercard Platinum

Maybank Grab Mastercard Platinum mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam atau putih. Menurut Maybank, ini merupakan kad kredit dwi-muka pertama di Malaysia yang pernah dihasilkan.

Kad kredit ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan sebanyak RM36,000 setahun dan mestilah berusia dalam lingkungan 21 hingga 65 tahun. Anda boleh mendaftar menerusi Maybank2U atau pun melalui aplikasi Grab. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Sebelum ini, Grab telah pun membuat kerjasama dengan Kaodim bagi menawarkan perkhidmatan cuci dan membaiki rumah.