Maya Karin Hollywood

Maya Karin Mengorak Langkah Berlakon Filem Hollywood

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selebriti popular tanah air, Maya Karin telah mengesahkah bakal membuat penampilan besar di skrin Hollywood dalam filem baharu berjudul ‘Alone’ yang dibintangi pelakon ternama Tyler Posey dan Donald Sutherland.

Menurut Maya, peluang yang diberikan kepadanya merupakan landasan awal untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa.

Maya Karin Hollywood
Sumber: IG

“Apabila eksekutif Hollywood Innovation Group (HIG) menyuarakan hasrat meminta saya menyertai pasukan produksi mereka di sini, saya rasa bertuah kerana dipilih tanpa perlu menjalani uji bakat,” katanya kepada BH Online.

Bukan mudah untuk pelakon Malaysia menembus peluang ke Hollywood, sebelum ini Maya tidak terfikir untuk berlakon di Hollywood tetapi dengan peluang yang diberikan itu membuatkannya untuk mencari peluang pada masa akan datang.

Walaupun babak membabitkan Maya hanya satu, tetap skrip yang diterima panjang sehingga lima muka surat. Dalam filem ‘Alone’ arahan Johnny Martin, pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman itu dipertanggungjawab membawa watak saintis Malaysia bernama Dr Zulaikha.

https://www.instagram.com/p/Bzy2aZ_Dz-w/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambah penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik itu, kesungguhan Hollywood Innovation Group (HIG) mengundangnya disifatkan langkah permulaan bagi memperkenalkan Malaysia sebagai hab pelancongan melalui tarikan destinasi bertaraf antarabangsa dan filem.

Tahniah Maya!

Sumber: Berita Harian