Mati Beragan Takotsubo

“Mati Beragan” – Kematian Yang Berpunca Akibat Kesedihan Atau Kerinduan Yang Teramat Sangat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dari dulu lagi sering kita dengar kisah pasangan yang meninggal dunia selang tidak berapa lama selepas seorang dari mereka telah meninggal dunia terlebih dahulu.

Takotsubo cardiomyopathy (TCM) yang juga sering disebut sebagai sindrom patah hati secara amnya merupakan sejenis penyakit jantung jangka pendek atau bersifat sementara.

Ia boleh tercetus akibat tekanan emosi atau fizikal yang melampau sehingga menyebabkan sakit dada secara tiba-tiba atau sesak nafas yang kelihatan seperti serangan jantung.

Benarkah kebanyakan yang mengalami sindrom ini adalah perempuan tetapi lelaki yang lebih berisiko untuk meninggal dunia?

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah menerangkan secara ringkas mengenai sindrom ini di Facebooknya serta mengaitkannya dengan “mati beragan” dalam masyarakat kita.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mengenai “mati beragan” ini di ruangan komen. Ramai turut menyamakannya dengan kisah-kisah cinta ‘sehidup semati hingga ke Jannah’.

Mati Beragan Takotsubo

Kalian pernah dengar istilah “mati beragan”?

Beberapa hari lepas, berlaku satu peristiwa tembakan rambang di sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat. 21 orang terkorban dalam tragedi itu, dan salah seorangnya adalah guru bernama Irma Garcia.

Irma telah berumah tangga, dan mempunyai 4 orang anak. Selepas upacara pengebumian Irma, suaminya (Joe Garcia) tiba-tiba rebah dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Selepas siasatan, suaminya itu dilaporkan meninggal kerana serangan jantung.

Kondisi di mana otot di dinding jantung tiba-tiba menjadi lemah susulan tekanan emosi atau fizikal yang melampau, dinamakan Takotsubo cardiomyopathy atau sindrom patah hati.

Antara contoh tekanan emosi yang boleh menyebabkan sindrom ini berlaku adalah: penceraian, kematian, kehilangan kerja, putus cinta, dan sebagainya.

Kondisi jantung ini bersifat sementara, dan jarang menyebabkan komplikasi yang teruk. Kebanyakan yang mengalami sindrom ini adalah perempuan, dan berusia lebih 50 tahun.

Meskipun lebih ramai pesakit pulih, tidak mustahil untuk ia menyebabkan kematian. Ada juga kajian mendakwa lelaki lebih tinggi risiko kematian jika mengalami sindrom ini.

Dalam masyarakat kita, kematian seumpama ini dikaitkan dengan “mati beragan” iaitu kematian akibat kesedihan atau kerinduan yang teramat sangat. Lazimnya kehilangan pasangan hidup.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

——

Berikut merupakan beberapa pengalaman menarik yang diceritakan oleh netizen:

“Cinta sampai mati 😘 Ada 2/3 pasang tua yang saya kenali macam kisah ini 🌹” – Nang Habibah Adeng

“Macam kes ayah saya ke… Lepas arwah mak meninggal dia terus sakit… Check banyak hospital  tak dapat kesan… 2019 mak meninggal… 2020 ayah meninggal… Bulan Syawal semua” – Azwani Mustapha

“Arwah nenek saya pergi lepas sebulan arwah atuk saya meninggal dunia. 😥😢 Bertambah sedih saya baca artikel doktor” – Abul Mutmainnah Wal Alif

“Orang tua-tua dulu tak bagi basuh pakaian si mati…biar tinggalkan sehelai buat melepas rindu bauan si mati buat anak yang merinduinya….untuk mengelakkan mati beragan..” – Jamaliah Khalid

“Sekadar perkongsian, betul doctor. Word “mati beragan” saya pernah dengar dalam dialog cerita P. RAMLEE. “Alamatnya mati beragan la saya”, tak silap cerita Seniman Bujan Lapok, si Saloma cakap kat P. Ramlee masa Sarip Dol masuk meminang. Sindrom takotsubo/broken heart betul berlaku dan beberapa kali saya berhadapan dengan situasi macam ni.

Pernah jumpa makcik umur 60 tahun, buat angiogram kat tempat kami, coronary artery dia normal, then kami buat test LV GRAM untuk tengok LV dia, ternyata apical ballooning dekat jantung dia. Masa tu cardiologist saya explain, cuba awak pergi sembang dengan makcik tu sket.. ada sedih ke 2-3 menjak ni.

Rupanya makcik tu mengaku baru kehilangan suami, lama dia sugul sampai la satu hari dia rasa sesak nafas, sakit dada dan dibawa anak-anak ke hospital. Dari situ specialist saya bagitahu makcik ni broken heart, mulanya saya ketawa sikit, tapi lepas tu dapat kes macam ni beberapa kali dan beberapa bentuk keadaan, betullah mati beragan tu wujud.

Saya tanya mana dapat nama Takotsubo ni, cardio saya bagitahu kes ni mula-mula jumpa dekat Jepun dalam tahun 90-an kot. Bentuk apical ballooning LV ni seakan bentuk pot dia orang nak tangkap octopus. Betulkan saya kalau salah. By the way makcik tu survived” – Siti Nazira

BACA: Bahasa Tubuh Isteri Yang Semua Suami Wajib Ambil Tahu

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan