Muat Naik Video Pengajaran Matematik Di Platform Kandungan Video Dewasa, Cikgu Dari Taiwan Ini Jana Pendapatan $250,000 3

‘Matematik Itu Seksi’, Cikgu Guna Platform Kandungan Video Dewasa Untuk Mengajar Jana Pendapatan $250,000 Setahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Matematik itu seksi’. Tular cikgu Matematik guna platform kandungan video dewasa untuk mengajar.

Seorang guru matematik dari Taiwan, Changhsu menjadi perhatian meluas apabila didapati memuat naik video pengajaran subjek matematik di platform kandungan video dewasa dan menjana lebih kurang $250,000 setahun.

Memiliki ijazah dalam bidang matematik, Changhsu sudah mengajar matematik selama 15 tahun, sama ada secara bersemuka atau dalam talian.

Muat Naik Video Pengajaran Matematik Di Platform Kandungan Video Dewasa, Cikgu Dari Taiwan Ini Jana Pendapatan $250,000 1

Pada awalnya, Changhsu yang merupakan cikgu Matematik itu bermula dengan memuat naik video di platform YouTubenya. Namun selepas mendapati platform kandungan video dewasa itu masih tiada lagi video pengajaran matematik, beliau bercadang untuk menjadi yang pertama.

“Memandangkan tidak ramai yang mengajar matematik di platform berkenaan, saya rasa jika saya memuat naik video saya di sana, ramai yang akan menonton.

Saya tidak mahu mengajar matematik di sana. Saya mahu dunia tahu yang saya adalah cikgu dari Taiwan yang boleh mengajar dengan baik.

Hei, siapa kata matematik tidak seksi?”

– Changhsu

Pernah memuat naik video di platform kandungan dewasa yang lain, Changhsu mendapati videonya diturunkan kerana tidak dibuat sesuai dengan platform mereka dan menyekatnya.

Muat Naik Video Pengajaran Matematik Di Platform Kandungan Video Dewasa, Cikgu Dari Taiwan Ini Jana Pendapatan $250,000 2

Sudah memiliki 5,000 pengikut, video pengajaran Changhsu setakat ini sudah mendapat 1.3 juta tontonan.

Terdahulu, di Malaysia tular aktviti guru turun padang buat sendiri kerja pematuhan SOP selepas melihat PPV sesak dengan pengunjung.

Menerusi Instagram mcplus.my, kumpulan tenaga pengajar ini melakukan inisiatif sendiri membantu kerja-kerja berkaitan pematuhan SOP untuk memastikan orang awam yang hadir di PPV berkenaan selepas ini dapat melakukan penjarakan sosial.

Difahamkan, segala kelengkapan yang dibuat di situ seperti kon keselamatan dan pita pelekat adalah daripada pembelian mereka sendiri.

Tindakan pantas kumpulan tenaga pengajar berkenaan mendapat perhatian netizen, rata-ratanya memuji kecekapan dan usaha mereka untuk memudahkan urusan orang ramai yang bakal hadir di PPV berkenaan.