Maszlee Malik Sah Undur Diri Sebagai Menteri Pendidikan

Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Sumber: MalayMail

Desas-desus terjawab apabila disahkan bahawa Dr Maszlee Malik meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan yang berkuatkuasa pada 3 Januari 2020 atas nasihat Perdana Menteri.

“Saya dengan hati yang reda dan berat dengan ini memulangkan semula sebagai Menteri Pelajaran Malaysia,” katanya dalam sidang media hari ini.

Perkara itu tular di media sosial pada hari ini bersamaan hari pertama sesi persekolahan bagi tahun baharu 2020.

Memetik laporan sebuah portal berbahasa Inggeris, seorang sumber memberitahu, Maszlee berundur daripada Kabinet kerana ‘dilihat menimbulkan banyak krisis’ kepada pentadbiran Dr Mahathir.

Sementara itu, kenyataan akhbar daripada Pejabat Perdana Menteri berkata pengganti beliau akan ditentukan dan diumumkan sedikit masa lagi.

Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Sumber: Malaysian Insight

Dalam pada itu, beliau telah menyenaraikan lima perancangan besar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020 antaranya:

1. 0% Sekolah daif
2. Program Sarapan Pagi
3. Sekolah akan mempunyai kelas khas untuk murid OKU
4. Internet laju di sekolah
5. Pertukaran guru ‘suka sama suka’ boleh dilakukan melalui aplikasi atas talian

Saya kongsikan di sini sebahagian daripada perancangan terbesar KPM untuk tahun ini.Sekiranya tahun 2019 kita tumpu…

Posted by Dr Maszlee Malik on Wednesday, January 1, 2020

Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Sumber: Bernama

Maszlee yang merupakan bekas pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018. Beliau adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).